Pages

Wednesday 19 June 2013

Petua Menawan Hati Suami..Teori vs Actual




1. selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
Actual: doa supaya suami sayang adinda sorang je dan bukan orang lain seperti mentua, ipar dan bini-bini yang lain.

2. bila suami balik keje, tegur dan sentuhlah suami sebelum kita membuat keje lain.
Actual: laki bau masam, berpeluh, bau asap dan diesel. Nak sentuh pun takut. Nak tegur tapi suami muka masam semacam, sebab boss sudah marah kat opis. Baik diam je dulu…

3. tunjukkan keprihatinan dengan bertanya kegiatan suami sepanjang hari kat opis.
Actual: laki sudah satu hari berdepan dengan client, rakan sekerja dan boss, nk terangkan pulak pada adinda bini, huhh otak dah tepu nk bercakap!

4. belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
Actual: adinda bini pun nak cerita jugak apa yang terjadi kat opis dan rumah. Dua2 nak bercerita takdak sapa nak dengar.


5. luangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit kepada suami.
Actual: adinda bini pun sibuk keje, balik opis pun lambat, dah balik rumah, laki pulak sibuk nak keluar main bola la, janji dengan kawanla, itu ini,,kat rumah pun tak lekat, abis camno??

6. beri pujian pada penampilan suami. Rambut, pakaian, wajah dan lain lain.
Actual: kalau adinda puji laki, nanti laki ingat nak bodek, mintak duit poket lebih. Atau lebih teruk, laki ingat adinda bini peril pulakkk…

7. cepat-cepat pujuk suami bila dia marah atau merajuk.
Actual: kalau laki asyik merajuk saja, sehari 4,5 kali….sapa nak layan laki macam tu…bukan budak-budak umor 4 tahun laaa….

8. elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
Actual:wei cik abang, kalau awak boleh tunggu saya 2 tahun sebelum masuk meminang, nak tunggu 20 minit pun tak boleh kaaa??..

9. bila suami memberitahu yang dia akan pulang lambat, uapkan terima kasih kerana memberitahu.
Actual: dahla adinda kene balik sendiri dari opis, nak masak makan malam lagi, kene gi pasar sorang-sorang, laki boleh plak buat-buat sibuk nak balik lambat,.”oi, tok sah balik teruih lagi senang, tidoq ja kat opis tu, nanti esok pagi saya antaq berus gigi naa”..

10. ucapkan kata-kata romantik pada suami.
Actual: asik adinda je yang cakap sayang la, cinta la, rindula,sampai berbuih mulut adinda… tapi laki buat dunno ja..abih camno???

11.  jika suami marah, jangan sekali kali menjawab..hanya tunduk dan diam walaupun kita tak bersalah.terangkan keadaan sebenar bila dia dah sejuk.
Actual:laki asyik nak marah je..dengan hujan pun marah, dengan kucing pun marah, tengok buletin utama pun marah, semua benda nak marah..sapa nak layan laki macam tu?...adinda yang tak bersalah pun kene sembur jugak. nak tunggu laki sejuk??...hmmm sampai raya posa pun belum tentu sejuk!

12. sentiasa kemas, anggun dan wangi.
Actual: kalau adinda sorang je kemas, wangi dan cantik, tapi laki asyik pakai pelikat busuk dan baju pagoda berlubang, mana aci!

13. sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak.
Actual: perangai laki sama je macam anak-anak...harapkan badan je besar sket...layan laki memang lebih daripada anak-anak tapi laki tak pernah layan adinda macam permaisuri pun!

14. belikan hadiah hadiah praktikal dari semasa ke semasa.
Actual: apa yang adinda beli semua laki tak berkenan. semuanya tak kena. habis tu pi lah beli sendiri..

15. tolong suami buat kerja dia di rumah..seperti potong rumput, cuci kereta, cat rumah dan sebagainya.
Actual: banyak cantikk..keje laki adinda kene tolong, abis keje adinda kat dapur tak penah plak laki nak tolong..adinda pun penat jugak nak memasak, basuh kain baju, kemas rumah bla bla bla,......

16. pergi dating atau bulan madu sekali sekala.
Actual: adinda dah ajak, tapi laki asyik sibuk keje keje keje..kalau cuti pun asyik nak tidur kat umah...abis camne nk dating?

17. hantar kad ucapan pada hari hari istimewa.
Actual: adinda dah hantar macam macam kad ucapan..tapi laki tak pernah nak balas balik...sedihla adinda bini macam ni. sebelum kawen laki asyik hantar kad la, bunga la, teddy bear la, coklat la..lepas kawen, nak beli bunga plastik pun tak mau!

No comments:

Post a Comment