Pages

Monday 10 June 2013

"Mata" Seorang Ibu Buta


Pengalaman ini aku lalui ketika menghadiri satu kursus di Kuala Lumpur..aku bukan nak kongsi pengalaman berkaitan dengan kursus tetapi satu peristiwa yang terjadi di depan mataku ketika aku dalam perjalanan ke hotel penginapan….mungkin bagi orang lain peristiwa macam tu biasa saja tapi bagi aku, ia meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri aku sehingga ke hari ini…..

Kisahnya bermula ketika aku mula-mula sampai di TBS..hari Ahad, setelah turun daripada bas ekspress, aku bergegas ke stesen lrt memandangkan hari dah mula petang dan aku telah berjanji akan bertemu rakan di stesen Bandaraya untuk ke hotel penginapan yang terletak berhampiran dengan Maju Junction. Ketika menunggu lrt, orang mula membanjiri untuk sama-sama menggunakan perkhidmatan tersebut..mataku tiba-tiba “tertangkap” kelibat ibu bersama anak kecik yang aku andaikan dalam usia 8 tahun barangkali…si anak memimpin tangan ibu (aku agak dalam ligkungan awal 40 an) sambil menggoyang-goyangkan botol air mineral lama di tangannya..mula-mula aku buat tak tau je, tetapi bila si ibu berpaling padaku, si ibu rupanya BUTA…aku memerhatikan saja gelagat kedua beranak itu…si ibu mmg bergantung 100% harapan pada si anak untuk membawanya ke destinasi yang tidak ku ketahui..aku mula risau….

Orang ramai makin memenuhi tempat itu..kedua beranak itu makin tertolak dan tertolak ke belakang..apalah kudrat seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun untuk melawan kekuatan orang ramai yang semakin sesak…aku terus mendekatkan diriku ke arah mereka, cuba dan terus mencuba untuk berdiri sehampir yang mungkin dengan si ibu..

Sejurus lrt tiba, dalam keadaan bersesak-sesak, aku terus sambar tangan si ibu dengan tangan kananku dan si anak dengan tangan kiriku lalu mendorong mereka masuk ke dalam train yang agak sesak…Alhamdulillah ada seat yang masih kosong..ku pimpin kedua2 nya ke arah seat tersebut…”terima kasih dik tolong akak dan anak akak ni” ujarnya sambil menggenggam dan mengusap-usap tanganku….aku berdiri dan terus memerhatikan ke arah mereka semasa train sedang bergerak laju…tangan si anak terus melingkari lengan ibunya sambil terus menggoyang-goyangkan botol airnya....ku perhatikan kedua-duanya..si ibu dengan baju yang agak lusuh dan bertudung labuh, membimbit beg yang agak besar, mungkin berisi telekung sembahyang barangkali dan si anak dengan sepasang baju dan seluar jeans dan berselipar sambil matanya tersenyum memandang ke arah ku…”terima kasih kakak”..tuturnya tersenyum…..aku membalas senyumnya….usianya lebih kurang dengan usia anakkku yang sulung….tapi aku tak tahu, adakah aku boleh mengharap pada anakku jika aku yang berada dalam situasi begitu??

....dalam hati berbisik “Maha Suci Allah, kekurangan kakak itu Allah tampung dengan kehadiran anak kecil yang menjadi “mata” kepada ibunya…sungguh besar rahmatMu, walaupun sekecil itu, tapi anak itu boleh menjadi tempat untuk ibu bergantung harapan membawanya ke destinasi yang ditujui di tengah-tengah kota yang sesak dan hiruk pikuk ini..Maha Suci Allah”….airmataku bergenang sayu……..

Mulut kecil itu terkumat kamit memberitahu ibunya stesen-stesen yang telah dilewati..tiba di stesen Hang Tuah, si anak terus memimpin ibunya keluar dari train dan terus menghilang di celah-celah hiruk pikuk warga kota……semoga Allah melindungi dan merahmati keluarga mereka…aminnnnn…


No comments:

Post a Comment