Pages

Thursday 7 March 2013

Amalan Murah Rezeki


Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.


Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Buah itu dan Kenangan




Pernah tengok tak buah ni?? Tau tak buah apa? Aku rasa ramai yang tak kenal dengan buah yang boleh dikategorikan sebagai eksotik ni….ok, meh aku perkenalkan secara ringkas (errr sebenarnya nak citer secara detail, aku pon tak tau sangat!)..
Nama betul buah ni ialah buah nam nam…tapi aku lebih suka panggil nama glemer dia iaitu buah katak puru..sebab bentuk dia berkerutu macam katak puru..kebetulan plak warnanya pon hijau….walaupun nama dia agak menggelikan, tapi bagi orang yang suka masam, buah ni sedap dimakan..rasanya masam masam manis…cara nak makan buah ni ialah, mula-mula korang kene petik dulu la buah ni, takkan nak kokak kat batang pokok plak kan..sungguh tidak senonoh!..nak tau buah tu dah masak ke belum, tengok warna dia, kalau berwarna agak kekuningan, dan tangkainya mudah terlerai, maknanya buah tu dah cukup masak…

Kuih Paling Ganas



Kuih yang kat atas ni namanya lompat tikam..salah satu kuih tradisional kat Kelantan…Lompat tikam?? Agak pelik kan nama kuih ni..dan lagi pelik sebab ia tak menggambarkan langsung perkaitan antara nama dengan rupa kuih ni…sape la agaknya yang letak nama kuih ni yer? Sungguh “gedebe” bunyi nya..huhuhuhu
Walaupun namanya agak ganas, maybe bleh dikategorikan sebagai 18SG, tapi dari segi rasa dan rupa bentuknya takde la ganas manapun…comel ape kan?? Ade kaler merah, hijau, putih, hitam…rasanya pun sedap..ade rasa manis-manis, lemak, masin..kira ok laaaa….
Nak kata peberet, tak la peberet mana kuih ni,..tapi kekadang, kalau rasa teringin nak makan tu, licin jugak sepinggan aku bedal..ngeh3…bagi pendapat aku la, kesedapan kuih ni terletak pada kelembutan tepung yang kaler hijau tu beserta dengan lemak masin dan manisnya kuah gula melakanya…kalau santan tu dah pekat, lemak tapi tepung tu keras kedengkung, dia akan spoiled jugak rasa kuih ni….
Sejujurnya aku cakap, aku tak tau langsung nak buat kuih ni…bila teringin nak makan, biasanya aku akan melilau carik kat kedai..bukan apa, aku nak tolong usahawan-usahawan kuih tradisional tu cari makan..kalau semua kuih aku pandai buat, kesian la dorang kan…dah tak laku kuih yang dijual..nampak tak?? Betapa prihatinnya seorang yang aku ni….

Tuesday 5 March 2013

10 Situasi Lelaki Harus Wanita Faham

1. bila si dia sibuk..jangan kamu terhegeh hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu membeli belah..

2. bila si dia ego...jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya bila sikap begini sedang menguasai dirinya. lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan

3. bila si dia romantik...ajaklah dia bersiar siar di pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selitkan sekali perancangan untuk masa depan bersama...


4. bila si dia panas baran...jgn buat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya...cuba kamu berdiam diri dulu sehingga kemarahannya reda..

30 Larangan untuk Wanita


1. menyambung rambut palsu
2. bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. memperlihatkan perhiasan di depan lelaki lain
5. menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. membuka rahsia hubungan suami isteri
7. berpuasa sunat tanpa izin suami
8. membelanjakan harta suami tanpa izin suami
9. derhaka kepada suami
10. meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. mengingkari kebaikan suami
12. bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. memandang lelaki lain yang bukan mahram
14. bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram
15. menyerupai lelaki
16. membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. memandang aurat wanita lain
18. keluar rumah tanpa ada keperluan
19. masuk permandian awam
20. mencakar cakar tubuh ketika mendapat musibah
21. meratapi kematian
22. berhias atas meninggalnya seseorang
23. menghantar jenazah
24. mempercayai dukun dan peramal
25. menyumpah anak anak sendiri
26. tidak bertegur sapa sesama muslim
27. menganiayai pembantu
28. menggangu jiran
29. meminta cerai kerana suami sakit
30. meminta cerai kerana suami bernikah lagi..

Sayangi Abah Kita

dipetik daripada emel seorang kawan....

Abah aku baru meninggal 5/8/2002 (beberapa minggu yang lepas)....apa yang aku tulis di sini adalah untuk mereka yang masih ada lagi orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.....

kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang keseorangan. anak-anak semua dah besar..kerja semua jejauh..hidup ini seolah tiada erti..selama ni, suka duka..pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah..kalau naik gaji..dapat keputusan bagus dalam peperiksaan dan lain lain..pasti telefon mereka supaya mereka gembira..kalau boleh mahu terus berada di kampung menemani mak yang terus menangis..syukur, abah mati dalam pelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah..di telinga kirinya...dan aku ketika itu, mengucap dua kalimah syahadah di telinga kanannya....
ini adalah kali pertama aku melihat kematian..masih terbayang...abah memandang jauh ke hadapan dan matanya ke atas..sambil mengucap dua kalimah syahadah dan memejamkan mata...sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah di tempatkan di kalangan yang beriman..syukur sembahyang jenazah abah lebih dari 100 orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat....