Pages

Tuesday 11 December 2012

Kisah Seorang Guru

walaupun dah beberapa kali baca kisah ni, tapi tetap buat aku rasa sebak setiap kali membacanya......

ceritanya:

saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. saya mengajar sesi petang. salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya, dia hanya berdiam diri.

saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya. tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. pada mulanya saya hanya memberi ansihat. dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata apa-apa kecuali anggukannya yang seolah-olah dipaksa. kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga menggangguk tetapi masih juga datang lambat keesokan harinya. kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. airmatanya saja yang jatuh tanpa sepatah kata pun dari mulutnya. keesokannya dia masih juga lambat dan saya memukulnya lagi. namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Monday 10 December 2012

LailatulQadar

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

Khasiat Pisang



Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada kajian terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Hati Seikhlas Kelapa Tua

Satu cerita untuk renungan bersama.  



Semua orang kenal dan tahu pula  gunanya. Sangat penting dan sangat berguna. Kewujudannya tidak dipeduli dan tidak  diendahkan dan kelapa tua tak pernah jadi topik perbincangan, tak pernah  dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalau kelapa tua ada emosi, tidak  ramai yang dapat merasai dan menyelam perasaannya.

Kelapa tua pula tidak  pernah susah hati kalau orang tidak pedulikannya. Dirinya terbuai-buai di  atas pokok, bila ditiup angin terasa nyaman sekali. Elok-elok kelapa  tergantung di pokoknya sambil menikmati keindahan buana, datang orang  menjoloknya dengan galah panjang. Bukan selesa kena jolok  macam tu. Bila tangkainya menjadi lemah setelah dijolok beberapa kali,  maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-berpusing ke bumi. Gugur itu pula  bukannya rendah, bukan setakat 5-10 kaki tapi sehingga 40-50  kaki. Bunyinya berdentum sampai ketanah. Kalau calang-calang buah, boleh  berkecai.Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Poligami.

kita baca satu pendapat seorang lelaki bergelar suami tentang POLIGAMI....jommmm..

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. "Kalau u rasa u nak pasang lagi satu, i izinkan", kata isteriku.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah aku at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri i tu main reverse psikologi dengan i. Tapi lepas i berfikir panjang, rasa-rasanya tak naklah.

Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur i yang dah 40+. Let's say kalau i kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memanglah seronok beb.

Tentang makan minum, pakai i, kemas rumah dan kegemaran i, rasanya i tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, i suka makan apa, camne cara nak masaknya, baju i kena gosok cam gini, kalau i bangun tidur i suka kalau my wife dah siapkan segala-galanya lah. Tak perlu i bagitau, dia dah tahu apa i suka. Cerita apa i suka kat TV, teh atau kopi manis macammana, hobi apa, sukan kegemaran .... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa-rasa dapat ke isteri muda i suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, i kan dah tua. Mesti dia kata i ni mengada-ngada. Sure i yang kena manjakan dia lebih, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda PASTI LAGI TERUK.

10 Adegan Tak Logik Dalam Drama Melayu

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

Jangan Jangan dan Jangan

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat)

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.