Pages

Tuesday 11 December 2012

Kisah Seorang Guru

walaupun dah beberapa kali baca kisah ni, tapi tetap buat aku rasa sebak setiap kali membacanya......

ceritanya:

saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. saya mengajar sesi petang. salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya, dia hanya berdiam diri.

saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya. tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. pada mulanya saya hanya memberi ansihat. dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata apa-apa kecuali anggukannya yang seolah-olah dipaksa. kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga menggangguk tetapi masih juga datang lambat keesokan harinya. kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. airmatanya saja yang jatuh tanpa sepatah kata pun dari mulutnya. keesokannya dia masih juga lambat dan saya memukulnya lagi. namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak jauh dari sekolah. keadaan rumahnya sangat daif. saya nampak murid saya itu berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. seorang wanita yang mungkin juga ibunya kelihatan gelisah.

lebih kurang pukul 1.30 ptg, seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. sampai di depan rumah, baju dan kasutnya di serahkan kepada anak murid saya yang terus bergegas memakainya. sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mla bergenang.

"maakan cikgu. tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. siapa yang ebrlari memberikan kamu baju tadi?".

dia terkejut dan wajahnya berubah.

"itu abang saya. kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. itu saja kasut dan baju yang ada. maakan saya cikgu". jawabnya.

"kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?".

"mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu".

sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu. "maafkan cikgu....."

kejadian itu cukup menginsafkan saya. selepas itu saya cuba membantunya setakat yang termampu.






 
.

No comments:

Post a Comment