Pages

Thursday 17 May 2012

20 Amalan Murah Rezeki

Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

14 rahsia Sejauh Mana Pasangan Mencintai

Jika isteri @ pasangan menunjukkan sikap2 seperti di bawah, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam:

1. Isteri yg mencintai suami dgn sesungguh hati & sebaliknya, biasanya perasaannya tetap & stabil terhadap suami. Perasaan isteri tidak berubah2. Umpamanya minggu ini dia kelihatan sangat mencintai, sedangkan pada masa yg lain, sikapnya berubah. Pasangan juga tidak menuntut sesuatu daripada suami, sebaliknya menerima seadanya, sama seperti ketika baru berkahwin.






2. Pasangan yg bercinta iaitu suami & isteri saling memberi perhatian khusus sesama mereka. Mereka selalu berbincang, berhumor serta selalu membuat jenaka2 yg lucu. Mereka saling mendorong untuk menjaga badan & kesihatan.


3. Suami & isteri yg saling mencintai akan menunjukkan cinta dengan tingkah laku yg lemah lembut setiap hari. Ini termasuklah saling membantu menyiapkan tugasan peribadi & rumah tangga secara bersama.


4. Tidak selesa ketika berjauhan. Walaupun ketika berdua2an mungkin tidak ada apa2 yg ingin dibicarakan tetapi dgn adanya pasangan di sisi, sudah cukup untuk membuatkan hati tenang.

Bagaimana Nak Menyayangi Seseorang...



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

Thursday 3 May 2012

Papa Bacakan Kuat-kuat Yaa..



Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati
hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang
akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.
Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap
terlalu manja.
"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak
dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku
baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.
Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.