Pages

Wednesday 12 June 2013

Petua Mengasihi Isteri




  1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik, ataupun sekadar mengucapkan “I love u”.
  2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari
  3. Tolong kemaskan katil dan tempat tidur
  4. Tolong terbalikkan stoking dan seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
  5. Tolong buang sampah tanpa disuruh
  6. Bila keluar outstation, tolong telefon isteri untuk memberitahu hotel penginapan atau memberitahu yang kita sudah sampai.
  7. Tunjukkan kepimpinan yang baik. Suami adalah pendidik dan ketua rumahtangga.
  8. Berbincang dari semasa ke semasa. Jangan ketepikan pendapat isteri.
  9. Sentiasa berkemas, anggun dan wangi. Jangan harap siteri saja menjaga kecantikan dan kebersihan, tapi diri sendiri serabai.
  10. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
  11. Pamerkan kasih sayang pada isteri. Tidak perlu ego atau malu, itukan isteri kita yang halal.
  12. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri saja memilih tempat makan
  13. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali sekala
  14. Beri perhatian yang lebih pada isteri berbanding orang lain di khalayak ramai.
  15. Belikan hadiah-hadiah yang kecil atau kad ucapan cinta kepada isteri untuk mengeratkan kasih sayang.
  16. Jangan kedekut untuk memuji isteri.
  17. Jangan menolak ketika isteri meminta bantuanmu..sedaya upaya cuba tolong dia. Jangan sampai dia meminta bantuan lelaki lain kerana kamu menolak untuk membantunya sedangkan kamu berupaya.
  18. Peluklah isteri atau sekurang-kurangnya peganglah tangan isteri ketika kamu bersantai, sambil menonton tv dan seumpamanya.
  19. Jangan marahi atau tinggikan suara pada isteri. Jika ingin menegur, tegurla dengan berhemah dan lemah lembut.
  20. Bila tiba hari raya, berilah ang pau pada isteri sebagai tanda penghargaan. Walaupun nilai yang diberi tidak seberapa, tapi ia mampu menggembirakan hati isteri.
  21. Cuba fahami kemahuan dan keinginannya. Kadangkala isteri berkias dan member contoh cerita orang lain kepadamu untuk menyatakan hasratnya. Jadi kene peka dan gunakan kepakaranmu untuk memenangi hati isteri.

No comments:

Post a Comment