Pages

Thursday 9 February 2012

Kenali Sikap Melalui Hari Lahir

ISNIN
  • Seorang yang amat setia dalam perhubungan sama ada dalam cinta atau persahabatan.
  • Tidak suka dikongkong kerana merasakan diri mereka tidak dihargai sepenuhnya.
  • Dalam cinta, mereka agak ego dan agak sukar mengalah.
  • Akan tertutup dalam perhubungan
  • Memendam rasa apabila ada yang tidak puas hati.

SELASA
  • Kelihatan pemalu dan pendiam terutama dengan orang yang tidak dikenali.
  • Di kalangan teman-teman, mereka lebih suka mendengar daripada bercakap.
  • Mempunyai sikap humor yang tinggi
  • Tidak memilih kawan dan tidak lokek berkongsi idea dan pendapat dengan teman-teman.
  • Mempunyai ramai peminat kerana sikap mereka yang unik.
  • Jenis yang angin satu badan, hati-hati.....

RABU
  • Seorang yang becok mulutnya dan peramah dengan sesiapa sahaja.
  • Sangat baik hati.
  • Sanggup menolong sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan mereka.
  • Kadangkala bersikap mementingkan diri sendiri.
  • Kurang serius dalam perhubungan cinta.
  • Kurang yakin pada diri sendiri untuk menjalinkan komitmen dengan orang lain.
  • Hanya orang yang sabar dan tak banyak songeh saja mampu mendampingi mereka.

KHAMIS
  • Seorang yang tegas dan serius dalam kerja mereka.
  • Tak wujud soal putus asa dalam diri mereka.
  • Seorang kekasih yang hebat kerana mengambil berat dan sayang habis pada kekasih.
  • Suka memanjakan kekasih, beruntunglaahhh....

JUMAAT
  • Sangat keras kepala dan sukar berbahas dengan mereka.
  • Seorang yang penyayang
  • Suka menceburi diri dalam persatuan.
  • Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
  • Dalam cinta, mereka menyenangi kekasih yang memahami tugas mereka dan berdikari.
  • Kuat cemburu tapi pandai mengawal.
  • Pentingkan kejujuran.

SABTU
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Mempunyai ramai teman dan disukai ramai.
  • Tidak suka "kipas" untuk kepentingan diri.
  • Berfikiran terbuka.
  • Amat setia pada pasangan. Bila dah lafaz sayang, sukar nak lepaskan.
  • Ramai di kalangan mereka yang kecewa apabila dipermainkan.
  • Suka kekasih yang memanjakan mereka dan menyayangi mereka sepenuh hati.

AHAD
  • Jenis kepala yang "gila-gila" sikit.
  • Kebanyakan mereka ini pandai orangnya.
  • Sukakan aktiviti yang ebrkaitan dengan alam sekitar seperti panjat gunung dan berkayak.
  • Seorang yang lasak.
  • Dalam cinta, mereka serius dan setia pada pasangan masing-masing.
  • Mereka ini agak pendendam, sekali kecewa, sukar nak pulihkan perasaan itu.
  • Sukakan oarng yang berfikiran terbuka, penyayang dan tidak banyak cakap serta jujur.

No comments:

Post a Comment