Pages

Wednesday 15 February 2012

Kasih Sayang Mengikut Bulan Kelahiran





JANUARI
  • Seorang yang mudah jatuh cinta
  • Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya diri mereka dikhianati.
  • Pandai mengambil hati pasangan.
  • Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya dan tidak kisah sekiranya pasangannya mencemburuinya.
  • Bakal menjadi seorang ibu atau bapa yang penyayang.
  • Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh apabila melakukan sebarang kerja.

FEBRUARI
  • Sukar untuk jatuh cinta
  • Amat hormat pada pasangannya
  • Amat suka memikat pasangannya
  • Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
  • Sentiasa nekad untuk bersama pasangannya
  • Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu)
  • Patuh pada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
  • Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

MAC
  • Mudah menawan hati pasangannya
  • Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
  • Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
  • Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
  • Amat sukar untuk melupakan pasangan yang dicintai
  • Perasaan cemburu yang minima.
  • Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya
  • Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras
  • Sentiasa mengharapkan keistimewaan daripada pasangannya.

APRIL
  • Individu yang amat sukar jatuh cinta
  • Selalu mmendam perasaan terhadap individu yang dicintainya
  • Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati
  • Sentiasa ingin diberi perhatian
  • Amat cemburu dalam perhubungan
  • Kesetiaan teguh terhadap pasangannya
  • Emosi cepat terusik dan mudah terluka
  • Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
  • Romantik dan terlalu romantik.
  • Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
  • Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangannya.

MEI
  • Amat mudah jatuh cinta
  • Baik dan jujur dalam perhubungan
  • Pandai menarik hati pasangannya
  • Perasaan cinta yang mendalam
  • Mudah untuk dipujuk
  • Mudah menerima cinta seseorang
  • Pilihan yang tepat dalam berpasangan
  • Nekad untuk menjaga hubungan dengan baik
  • pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen atau King Control)
  • Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
  • Ambil berat dalam menjaga perhubungan.

JUN
  • Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
  • Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
  • Mudah jatuh hati tetapi terlalu memilih
  • Cerewet dalam perhubungan
  • Selalu beremosi
  • Mudah merajuk dan mudah dipujuk
  • Selalu melindungi pasangan daripada kritikan atau umpatan orang.
  • Elok untuk menjadi ibu yang baik
  • Dahagakan pujian daripada pasangan

JULAI
  • Amat suka didampingi pasangan
  • Sukar dimengerti oleh pasangan
  • Sentiasa menjaga maruah diri dan pasangan dalam perhubungan
  • Amat mudah dipujuk dan berterus terang
  • Amat menghargai kesetiaan pasangan
  • Mengambil berat dan mengasihi pasangan
  • Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai
  • Mudah terluka dan lambat untuk pulih
  • Suka merajuk dan dipujuk
  • Setia terhadap pasangan
  • Suka mendengardan tidak suka membantah
  • Cemburu terhadap pasangan
  • Suka menilai dan menjaga perhubungan

OGOS
  • Pandai memujuk pasangan
  • Suka memimpin pasangan
  • Romantik, pengasih dan penyayang
  • Kelam kabut dalam perhubungan
  • Sangat sensitif
  • Mudah meluahkan kata cinta kepada sesiapa sahaja yang berkenan

SEPTEMBER
  • Bersopan dalam perhubungan
  • Bertolak ansur terhadap pasangan
  • Suka mengkritik pasangan
  • Sangat prihatin terhadap pasangan
  • Sangat sensitif dan emosi
  • Pandai memahami pasangan
  • Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
  • Sukar melupakan sekiranya hati terluka
  • Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan
  • Pandai menyimpan perasaan
  • Suka berterus terang jika perkara itu tidak disetujuinya

OKTOBER
  • Amat suka berkomunikasi dengan pasangan
  • Suka disayangi dan menyayangi pasangan
  • Sopan terhadap pasangan
  • Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan
  • Mudah terluka hatinya sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya
  • Emosi yang mudah terusik
  • Pengasih, penyayang terhadap pasangan
  • Cemburu dan terlalu cemburu
  • Romantik
  • Memahami pasangan

NOVEMBER
  • Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan
  • Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa
  • Agak degil dan kuat pendirian
  • Mudah mengambil berat terhadap pasangan
  • Emosi yang mendalam
  • Perangai yang tidak dapat diramal terhadap pasangan

DISEMBER
  • Pemurah dalam perhubungan
  • Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
  • Tergesa-gesa dalam perhubungan
  • Suka didampingi oleh pasangan
  • Benci apabila dikongkong
  • Berbakat untuk berkahwin lebih daripada satu (untuk lelaki sahaja)
  • Suka mempengaruhi pasangan.

No comments:

Post a Comment