Pages

Monday 27 February 2012

Interview TNB

Berape hari lepas, satu temuduga kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikat TNB. Biaselah kan kalau nak naik pangkat mestilah duduk ujian bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah tu)...Dan dalam ramai-ramai yang terpilih tu ade 3 kawan kite dari Terengganu telah dipilih untuk ditemuduga.

Kebetulan pulak 3 kawan kite ni adalah 3 peserta yang pertama. Ape lagi berdebar-debarlah depa ni. Kawan yang nombor satu mule le merungut. (bace ayat seterusnya kene ikut loghat terengganu!)

"baru jah sapa sini, letih dook ilang lagi doh bale baru sapa pulok". Sampuk pulak kawan yang kedue. "Mapuh kite kalu lagu ni, aku kecut perut doh ni".

Dan bersuare la pulak kawan yang ketige dengan lagak macho sambil berkate "Mu nok takut bende gok awang eh. Kalu dia tanye, mung jawap je la. Kalu mung tak tahu, mu bahang gi la jawap bende pun. Janji mu jawap. Doh hok mu due ekor ni takut sangat bakpe. Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu".

"Cee mu tengok aku nih, rileks je. Siap buleh control macho lagi". Tibe masa yang ditunggu-tunggu, make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil. Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun keluarlah. Ape lagi macam kera kene belacanlah kawan no 2 ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"eh awang, menatang bende tukang interview tanye mu tadi?". Kawan no satu tadi pun jawap, "susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanya tadi, tapi se je yang aku ingak, dia tanye Pengerusi TNB yang baru sapa name, aku pun jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis"

Kawan nombor due pulak menyampuk "Ah sudoh aku tok reti nok sebuk name tu. Guane nih awang. Aku rasa nok terkencing doh ni. Ah aku tulih kat tangang je lah awang. Kalu die tanya senang le sikit aku nok jawap"

Pastu sampuk le pulak kawang nombor tige yang berlagak pandai tu , "Bakpe yang mu jadi bodo sangat nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu napok la mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spender mu tuh. Kalu dia tanye, mu selok la sikit spender mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pastu mu kerling la sikit name Pengerusi TNB"

A pe lagi kawang nombor due suke la dengar idea bernas kawan die. Tapi dia tak tahu yang kawang nombor tige tu pun panik gak, sebab die pun tak tahu nok sebut macamana.

Name kawang nombor due pun dipanggil. Dalam 20 minit kawan nombor due tak keluar-keluar lagi. 5 miit kemudian keluarla kawang nombor due ni dengan muka tersenyum. Kawang nombor tige ni pun tanya la, ape soalan yang keluar, jawapla si kawang nombor due ni, "Susoh jugok soalan die tapi soalang Pengerusi TNB tu aku bulih jawap, aku sempat selok spender aku. Tukang interbiuw tak nampak aku selok tadi".

"Aku pung sebenornya tok tahu jugok nok sebut nama Pengerusi TNB tu " kata kawang nombor tige. Jawaplah kawang nombor due tadi, "Mu tulih pade getoh spender mu tuh macang aku buat nih"

Kawang nombor tige pulok jawap, "aku nok tulih macam mane aku tok pakai spender" Apa lagi kelam kabut lah kawang kiter tu.

Tibe-tibe kawang nombor 1 yang dari tadi berdiam diri bagi idea "ape bende yang susoh sangat ni, Awang, mu beri je spender mung kat die kejap". Apa lagi bergegaslah kawang-kawang ni pegi toilet untuk berpindah seluar dalam. Tak lame lepas tu nama kawang nombor tige ni pun di panggil. Dengan semangat berkobar-kobar dan rase confident yang amat sangat kawan kite ni pun masuk dalam bilik interview tu.

Dalam 10 minit kawan nombor tige ni keluar sambil tergaru-garu kepale dengan muke kepelikan. Kawan-kawan die yang di luar ni tanye lah kenape keluar awal sangat. Dia menjawap, mase die jawap ahli panel tanya nama Pengerusi TNB, die jawap lah. Tak pasal-pasal semua ahli panel terglak-gelak sampaikan ade yang mengalirkan air mata tak tahan sangat.

Pastu kawan-kawan ni tanye la, mase ahli panel tu tanya nama Pengerusi TNB, ape mu jawap. dengan confident dia bagitau dengan kuat dan lantang " Datuk Calvin Klien"

Rupe-rupenyer mase kawan-kawan ni berpindah seluar dalam tadi, kawan yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenyer. Yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Nama Pengerusi TNB yang baru kat belakang, name jename spender tu pulak kat depan.

Apalagi tergelak besarlah kawan-kawan yang due orang tu..sebagai pengajaran anda semua, jangan cube menipu masa interbiuw, tak berkat.

No comments:

Post a Comment