Pages

Wednesday 3 July 2013

Zodiak dan Pekerjaan

Aries
  • tidak suka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa.
  • gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya
  • yang penting kepuasan dan prospek kerja yang luas bagi meningkatkan keupayaan diri.
  • sukakan pekerjaan yang mencabar keupayaan. 

Taurus
  • pekerja yang baik, sangat setia , kuat bekerja dan tidak suka mengipas
  • bekerja mengikut peraturan dan sedaya upaya menyelesaikan tugas.
  • sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik.

Gemini
  • gemar berkongsi idea dengan teman setugas
  • tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja sahaja dalam tempoh yang lama
  • suka mengambil tahu hal orang lain
  • mood dan produktiviti mereka sering berubah dan saling berkaitan
  • sesuai dengan pekerjaan yang menjelajah banyak tempat


Cancer
  • pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang, penting untuk menjamin kehidupan yang selesa
  • boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu saat diperlukan
  • tidak berlumba untuk mendapatkan kuasa
  • persekitaran kerja mempengaruhi mereka

Leo
  • ingin diri menjadi perhatian utama dan orang penting di tempat kerja
  • mencari jalan meningkatkan status di mata teman sepejabat
  • tidak suka menerima komen
  • gemar memberi nasihat

Virgo
  • jika kene gayanya, mampu bekerja dengan rajin
  • kejujuran adalah kunci utama mereka dalam bekerja
  • mudah mengkritik sesuatu yang silap pada pandangan mereka
  • sanggup melakukan kajian sebelum memulakan sesuatu tugas bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan yang diperlukan

Libra
  • ramai teman sekerja beranggapan mereka terlalu sensitif dan sukar bekerjasama
  • keupayaan berubah-ubah
  • mampu bekerja cemerlang dan hari yang lain bersikap sebaliknya
  • jangan cuba memerintah mereka lebih-lebih

Scorpio
  • mampu berdikari
  • tidak campur adukkan soal kerja dan peribadi
  • tidak takut menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena
  • melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka

Sagitarius
  • berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu
  • tugas yang diserahkan pasti akan dilakukan sebaik mungkin
  • pantang diperlekehkan

Aquarius
  • sukar untuk bertolak ansur dengan mereka
  • asyik ingin lakukan yang terbaik
  • gembira jika diberi peluang untuk meluaskan pengetahuan dan skill bekerja
Capricorn
  • gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja
  • sentiasa cuba meningkatkan daya usaha mereka
  • mereka bukanlah seorang yang suka memaksa
  • apabila mengenalpasti matlamat, pasti akan berusaha mencapai segala yang diimpikan
  • jika merasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan harus berbaloi

Pisces
  • pekerja yang taat dan kerja kuat
  • sekiranya ada yang tak kena, pastilah mereka yang mula-mula akan menegur dan memperbetulkannya.

 

No comments:

Post a Comment