Pages

Tuesday 10 April 2012

Resepi Ayam Percik..

Perut tetibe rasa lapar lak hujan-hujan ni.....otak mulalah terbayang makanan best2..hmmmm,.. terasa nak makan ayam percik lak..ayam percik ni aku paling suka makan time bulan posa...tak tau kenapa, kalau bulan tak posa, takla teringin mana lauk ni...memandangkan aku dah mula terbayangkan ayam percik ni, aku nak kongsi resepi ayam percik yang paling senang dan paling best!!!


gambar hiasan jer....

Resepi ayam percik ni pemberian daripada pensyarah saya dekat universiti dulu, thanks a lot En. Ahmad yang sudi berkongsi resepi original Kelantan.....

hasil air tangan saya sendiri, nampak comot lak!!..huhuhu


BAHAN-BAHAN

Ayam 1 ekor (about 2kg) – buang kulit, potong jadi 4 keping (quarter), bersih dan toskan SEKEJAP SAHAJA.

Note : bahagian dada, kelar 2 di bahagian isi supaya senang masak masak bila rebus.
Bahagian paha : kelar sikit kat lutut supaya dia akan bengkok & senang masak masa rebus. Boleh
kelar sikit kat atas daging bahagian paha dia supaya senang masak bila rebus.


BAHAN KUAH PERCIK MERAH

BAHAN A
Santan 250 grams (Santan pekat tanpa campur air)
Cili giling 1-2-3 sudu teh (bergantung kepada tahap pedas yang diingini, tak payahlah pedas sangat sebab ayam percik by nature tak pedas tapi manis manis sikit)

BAHAN B (BLENDER)
Bawang besar 1 labu
Bawang merah 8-10 ulas saiz sederhana
Bawang putih 2-3 ulas
Serai 2 batang (saiz sederhana)
Halia sebesar ibu jari

BAHAN CARA REBUS AYAM
Ambil ayam, gaulkan dengan sedikit kuah percik di atas macam kita lumur garam kunyit. Masukkan dalam periuk, letak atas dapur dan buka api perlahan. Biarkan ianya mendidih selama 30 minit supaya ayam masak (Boleh cucuk dengan garpu). Bila air ayam dah keluar, boleh pakai api sederhana. Sesekali ubah kedudukan ayam supaya ia akan masak, bahagian dada terutamanya di bawah sayap yang mungkin susah sikit nak masak. Tapi sebab kita dah kelar, biasanya ok, senang masak.

CARA BAKAR
Boleh bakar macam BBQ, pakai arang. Ambil sedikit kuah percik tadi dan campurkan sedikit air panas, ketuk sebatang serai dan buat renjis masa kita bakar dan balik balik kana yam tadi. Agak agak ayam tu dah kuning kuning sikit, angkat letak dalam pinggan.

Finally, jiruskan kuah percik yang pekat di atasnya.

Note:
Kalau nak buat percik putih : Gantikan cili giling dengan lada sulah & asam jawa gantikan dengan asam limau nipis.
Air asam jawa secukup rasa
Gula 2-3 sudu makan
garam

CARA MEMASAK KUAH
Masukkan semua BAHAN A + BAHAN B (BLENDER)+ BAHAN C dalam periuk dan jerang atas dapur, api kuat pun ok. Kena sentiasa kacau sampai mendidih supaya santan tak berketul. Bila santan dah agak agak masak, biasanya saja biarkan mendidih dalam 3-5 minit je, then padamkan api. Teruskan mengacau sekali sekala hingga kuah dah jadi sejuk supaya santan tak berketul ketul.

ni ayam percik putih....rasanya agak manis..


1 comment: