Pages

Thursday 12 April 2012

Personaliti Taurus (21 April - 20 Mei)


Personaliti Taurus
gigih dan tekun dalam melakukan sesuatu kerja. kamu tidak peduli dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain, asalkan kerjamu berjalan dengan lancar dan teratur. orang taurus juga mempunyai sikap sabar, tidak gopoh atau takut sewaktu menjalankan tugas walaupun dusah terbabas dari jangkamasa yang ditetapkan. kerjamu tetap beres tanpa sebarang kesilapan. ketekunan dan kejujuran kamu dalam menjalankan tanggungjawab tidak perlu dikhuatiri. nampaknya kamu lebih suka bergaul denga mereka yang mempunyai perwatakan yang sama denganmu. selain itu, kamu juga seorang yang pandai berjimat cermat dalam soal membelanjakan wang kerana kamu tidak suka membazir. bagi kamu yang memegang jawatan tinggi, kamu biasanya disayangi dan disanjungi oleh orang-orang bawahanmu. sebelum kamu mengambil sebarang tindakan, kamu terlebih dahulu memikirkan akibat yang akan dihadapi kemudian hari. dalam menempuh alam percintaan pula, taurus amat berhati-hati dalam memilih pasangan agar tidak terjerumus dalam kancah kekecewaan. kamu yang berbaung di bawah bintang ini biasanya mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. kamu akan terus mencintai dan menghormati si dia selagi mahligai yang dibina berjalan dengan baik.

Kelebihan dan Kelemahan Taurus
walaupun degil dan cepat marah, namun kamu tenang dalam menjalankan kerja seharian. kamu tidak suka menceritakan amsalah yang ditanggung kepada orang lain selagi kamu mampu mengatasinya sendiri. sewaktu kanak-kanak, taurus terkenal dengan sikap kedekut setapi setelah meningkat dewasa dan mempunyai pekerjaan sendiri, sifat kedekut itu beransur hilang. dalam pergaulan seharian pula, kamu sedaya upaya berusaha untuk menarik perhatian ramai. kamu jujur dan terlalu mengambil berat tentang diri teman-teman yang rapat denganmu. selain itu, kamu gemar berganding bahu bersama-sama orang yang ingin berusaha ke arah mencapai kejayaan yang dicita-citakan. ketakutan yang paling ketara bagi taurus adalah kecewa.

Percintaan Gadis Taurus
gadis taurus memiliki kelembutan dan keayuan wajah penuh keibuan, yang tak dapat dinafikan. di samping itu terdapat sesuatu rahsia yang membuatkan jejaka mudah tertarik denganmu. jejaka yang berjaya mendampingimu akan merasa bertuah kerana kamu boleh menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. tapi kamu tidak suka dipaksa melakukan itu dan ini tanpa kehendakmu sendiri. kamu amat berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. apabila telah menemui pasangan yang sesuai, kamu akan sedaya upaya membantu si dia melakukan sesuatu agar mencapai kejayaan sepertimana yang diimpikan. tidak dinafikan gadis taurus sukakan kemewahan hidup. kamu berharap segala yang diingini akan dipenuhi kerana kamu ingin rumahtanggamu berjalan dengan baik dan sempurna.

Percintaan Jejaka Taurus
amat bertuah bagi gadis yang berjaya memikat jejaka taurus kerana kamu terlalu jujur terhadap gadis yang dicintai. gadis yang biasanya menarik perhatianmu adalah gadis yang berperwatakan simple dan lincah serta pandai mengambil hati. namun, apabila berkahwin, kamu akan menjadi raja dalam rumah. apa saja yang kamu rasakan tidak sesuai, kamu akna tegur dan setiap teguran mestilah dipatuhi. jejaka taurus jarang putus kasih dengan orang yang disayangi kerana kamu sendiri sentiasa mengharapkan kasih suci dari orang yang telah memberi sepenuh kepercayaan terhadapmu.

No comments:

Post a Comment