adesssss, boringnyer hari ni...tatau apa den nak buek ni haaaaaa......hurmmm, daripada mengabihkan masa melangut macam katak puru, baik den mengarut dan merepek kat blog ni...ada jugak pekdahnyerr.....
kali ni den nak mengarut pasal tanda-tanda lelaki meminati seseorang, biasanya perempuan lahhh....takkan minat sesama lelaki lak yer, lain la kalo lelaki tu termasuk dalam golongan yang tak berapa nak normal tuu....teeetttttt!!..
den tatau la betol ke tak ni, ni cuma dari pengalaman dan pengamatan den sendiri...kalau salah mintak hampun lerr kannn....
ada beberapa tanda yang den akan senaraikan kat sini, antaranya:
1. lelaki tersebut akan mencari dan cuba dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan dengan perempuan yang dia suka....dari pelbagai sumber asalkan dia dapat maklumat yang diperlukan.......
2. dia akan selalu menghubungi perempuan yang dia suka tak kira waktu, pagi, petang, siang malam..kadang-kadang dia akan call atau sms hanya untuk bertanya "awak dan makan??"....bila perempuan tak balas call atau smsnya, dia akan jadi begitu risau sehingga dia akan cuba menghubungi berkali-kali.....
3. setiap kali dia bangun dari tidur, perempuan tersebut adalah perkara pertama yang terlintas di fikirannya...lebih hazab lagi, bangun je dari tidur, terus capai handset dan menghubungi perempuan tersebut..hanya untuk mendengar suaranya sahaja!! kerana dia merasakan suara perempuan yang diminatinya itu mampu menjadikan hari-harinya lebih ceria dan bermakna....
4. begitu juga ketika hendak melelapkan mata, perempuan tersebut akan menjadi perkara terakhir yang ada di fikirannya sehinggalah dia melelapkan mata....
5. dia sentiasa ingin berada berdekatan dengan perempuan yang dia suka...kalau ada kesempatan, dia ingin perempuan tersebut berada di depan matanya pagi petang siang malam.....
6. dia akan berasa gelisah sekiranya mengetahui perempuan yang disukai turut diminati oleh lelaki lain dan dia akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan perempuan tersebut menjadi miliknya....
7. suka termenung dan berangan tentang perempuan tersebut..mungkin kita akan lihat dia akan tersenyum sorang-sorang..mungkin masa tu ada lah tu "kenangan indah" yang dikhayalkan olehnya....hehe..bahaya2!
8. sanggup mengubah sikap menjadi lebih baik atau menjadi lebih romantik untuk menarik perhatian perempuan yang disukainya....kadangkala penampilan pun sanggup diubah!!
9. sekiranya dia sudah benar-benar mencintai perempuan tersebut, dia akan sanggup menebalkan muka dan meruntuhkan egonya walaupun cintanya ditolak oleh perempuan tersebut.....
10. kadangkala lelaki sanggup menitis kan airmata "lelaki" demi perempuan yang diminati dan dicintainya.....
ni antara beberapa tanda yang den dapat kesan lahh..mungkin ada lagi tanda-tanda lain yang tak tercatat kat atas ni....
No comments:
Post a Comment