Pages

Monday, 18 June 2012

Personaliti Aries (21 Mac - 20 April)



Personaliti Aries
warga aries memiliki sikap cergas dan dikatakan mempunyai kekuatan tenaga luar biasa. kecerdasan dan kerajinan yang ada padamu menarik lebih ramai teman untuk berdampingan serta meminta pertolonganmu dalam membuat sesuatu. setiap pertolongan yang diberikan kamu tidak akan meminta balasan. dalam menjalankan tugas harian, aries tidak takut untuk menanggung beban kepenatan. asalkan setiap apa yang diusahakan itu berhasil dan berjaya. aries tidak pentingkan diri sendiri dan sedaya upaya ntuk membantu orang lain walaupun terpaksa mengenepikan hal-hal peribadi. kamu juga aktif dan tidak mudah putus asa dalam mengejar sesuatu, tetapi tidak sabar untuk mengetahui keputusan atau hasil dari apa yang diusahakannya. namun tidak semua ries bersikap begitu. mereka yang bersikap lemah lembut pula lebih suka berterus-terang. perselisihan aries dengan teman-teman mudah berlaku. ini kerana sikap aries yang kuat cemburu dan tidak suka melihat orang lain mempunyai kebolehan yang lebih daripadanya. aries yang terllau mementingkan tugas selalu mengalami konflik dengan keluarga dan teman-teman.

Kelebihan dan Kelemahan Aries
aries tidak takut pada persaingan ataupun sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu kerana mempunyai identiti tersendiri dalam melakukan sesuatu. kamu tidak suka orang lain mencampuri urusan peribadimu.selain itu kamu bersikap bebas dan gemar berterus terang, namun kamu tidak mempunyai teman yang tetap. perhubungan atau persahabatan akan berkekalan sekiranya mereka dapat sesuaikan diri dengan kamu. jika sebaliknya, keadaan akan berubah. mereka yang telah lama berkawan akan dapat membongkar sikap buruk yang ada pada aries. kamu sebenarnya tidak pandai menyimpan rahsia dan talam dua muka. cuba berbaik-baik kepada kedua-dua belah pihak tetapi memburukkan antara satu sama lain.

Percintaan Gadis Aries
Aries mempunyai daya penarik tersendiri. kaum lelaki mudah terpikat dengan keayuan serta sifat-sifat yang ada pada gadis aries. cinta adalah satu permainan dunia yang diminati kamu. gadis aries bukan sahaja bijak tapi aktif serta gemar berdikari. ini menyebabkan lelaki mudah tertarik untuk mendekatimu. lelaki taurus yang matang adalah pendamping yang tepat buatmu. taurus melambangkan lembu jantan, yang dapat menundukkan biri-biri jantan (aries) yang tak reti duduk diam. kecerdasan aquarius juga menjadi daya penarik buat kamu. pada keseluruhannya, gadis aries suka pulang ke rumah setelah seharian penat bekerja di luar rumah.

Percintaan Jejaka Aries
lelaki yang bernaung di bawah zodiak aries adalah raja dalam rumah. jika berkahwin nanti, kamu akan menyerahkan tugas hal ehwal rumah tangga kepada pihak perempuan. manakala orang perempuan pula akan cenderung memerintah. kamu gemarkan keluarga yang ramai dan memerlukan peranan setiap ahli keluarga. lelaki aries adalah ahli keluarga yang baik walaupun tidak semestinya terperap di rumah. selain itu, kamu juga sukakan kanak-kanak dan cepat mesra dengan gadis yang kamu minati atau sukai. oppsss....dalam pergaulan dengan wanita pula, kamu seorang yang hipokrit, ego dan suka berbohong. apabila berlaku perbalahan, lelaki aries pandai memujuk rayu. kamu sentiasa rasa apa yang kamu katakan itu betul dan harus dipertahankan. gadis yang ingin mendampingi lelaki aries mestilah sabar dan bertindak pendiam jika berlaku pergaduhan.

No comments:

Post a Comment