Pages

Monday, 18 June 2012

Personaliti Gemini (21 Mei - 21 Jun)



Personaliti Gemini
cekap dan gemar bekerjasama menjadi sifat utama bagi kamu yang bernaung di bawah zodiak Gemini. sikap seperti ini mula meresapi jiwa kamu sejak dari kecillagi. sudah menjadi kebiasaan bagi kamu melakukan beberapa kerja dalam satu masa tetapi apa yang menjadi masalahnya kerja-kerja tersebut mungkin akan terbengkalai di tengah jalan. sudah menjadi tabuat kamu tidak mahu menumpukan satu-satu tugas itu dengan betul. kamu juga sering menganggap segala-galanya mampu kamu lakukan. terdapat juga gemini yang memiliki dua sifat berbeza. ada ketikanya kamu suka berjenaka dan ada masanya kamu menjadi pemarah/ murung. agak sukar juga teman-teman mahu menyesuaikan diri denganmu. kamu tidak mempunyai ramai teman untuk didampingi kerana kamu tidak suka dikongkong atau diarah membuat itu dan ini. namun, kamu dianggap sebagai seorang yang begitu understanding serta bertimbang rasa ketika berada di samping si dia. meskipun kamu jujur dalam mencurahkan perasaan namun sikap suka mengkritik membuat kamu sering ditinggalkan. dalam kehidupan berumahtangga pula, gemini terlalu mengutamakan  keharmonian dan ketenangan. kamu begitu gembira sekali sekiranya sahabat handai atau saudara mara mengunjungi rumahmu pada bila-bila masa.

Kelebihan dan Kelemahan Gemini
orang yang berpendirian tinggi dan pandai mengambil hati pasti akna dapat menarik perhatian gadis atau jejaka gemini. tambahan pula kamu yang bernaung di bawah lambang dua beradik kembar ini dikatakan mempunyai daya pemikiran yang cergas. kamu begitu mudah menerima sesuatu yang memerlukan penghafalan dan daya konsentrasi yang tersedia ada. oleh itu, tidak hairanlah kamu mampu menarik minat orang lain. di sebalik sikap kamu yang agak intelektual itu, orang gemini suka berjenaka dengan teman-teman jika moodnya baik. dalam bidang pekerjaan pula, kamu bukanlah orang yang sanggup bekerja mengorbankan masa dan tenaga tanpa mengira wang serta perbelanjaan. oleh sebab itu, tidak hairanlah sekiranya kamu tidak pernah kering poket. selain itu, kamu juga tidak pernah berpuas hati dalam menjalani sesuatu pekerjaan. mana-mana pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan lebih, itulah yang kamu kejar.

Percintaan Gadis Gemini
bagi lelaki yang ingin mendapatkan teman hidup yang pandai menguruskan soal rumahtangga, gadis gemini bukanlah merupakan pasangan yang sesuai kerana kamu sendiri tidak gemar terperosok di ceruk dapur. namun begitu, sekiranya kamu mendapat suami yang terlalu banyak memberi pengorbanan serta kerjasama, sikap malas tadi mungkin akan berubah. tidak menjadi satu keganjilan jika kebanyakan gadis gemini memerlukan bantuan dalam melakukan kerja-kerja rumah. gadis gemini suka jatuh cinta tetapi akan jatuh cinta lagi dan lagi...kamu tidak berasa kesal mempermainkan jejaka yang tidak berjaya menarik hatimu, sekalipun dia telah mencurahkan perasaan padamu.

Percintaan jejaka Gemini
kamu begitu terkenal di kalangan gadis kerana kekacakan dan kebijaksanaa yang sedia ada. sekiranya kamu benar-benar menyayangi seseorang gadis itu, belaian kasih yang sempurna pasti akan kamu curahkan padanya. naun jaminan tidak dapat diberikan berapa lama keadaan itu akan berpanjangan. jika kamu betul-betul sudah terpikat dengan seseorang gadis itu, pelbagai usaha akan kamu lakukan untuk mendapatkannya. kamu akan berkorban apa sahaja demi mencapai kemahuanmu. lelaki gemini biasanya bersikap jujur kepada gadis yang memberi kebebasan sepenuhnya pada dirinya.  gadis yang terlalu mementingkan soal rumah tangga dan keluarga kurang mendapat perhatian dari lelaki gemini. kamu mahu gadis yang sentiasa dapat mendampingimu walau kemana jua. selain itu mampu memberi pandangan dalam soal pekerjaan yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment