Pages

Thursday, 14 June 2012

Kenali Lelaki Berperwatakan Negatif

Bukan mudah untuk memilih pasangan atau teman hidup sejati kerana keperibadian pasangan akan membawa impak besar terhadap kebahagiaan hidup seseorang. Sekiranya keperibadain pasangan anda lebih menjurus ke arah negatif, dikhuatiri ia akan menjadi racun terbesar dalam hubungan . Apa yang pasti, anda tentunya berharap bisa menemui pasangan yang memiliki keperibadian positif kerana kriteria tersebut bakal membawa anda mengecapi keharmonian dan kebahagiaan kelak.

Agar anda tidak tersalah pilih, sebaiknya kenali beberapa perwatakan negatif lelaki yang perlu anda jauhi.

1. Takut Komitmen

Amat sukar membentuk seseorang untuk memiliki komitmen diri. Pun begitu, sekiranya hubungan yang terjalin telah lama berlangsung tetapi dia masih belum menunjukkan sebarang komitmen, sebaliknya tinggalkan sahaja. Lelaki jenis ini bukan sahaja tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas, tetapi dia juga sebenarnya tdiak berhasrat untuk menjalinkan hubungan yang serious dengan pasangannnya. Lebih memeritkan, mereka juga memiliki perasaan cemburu yang tinggi sehingga sanggup menyekat teman wanitanya daripada bersosial atau bersahabat dengan lelaki lain.

2. Tidak Tahu Berdikari

Hubungan yang baik biasanya didasari dengan sikap terbuka, persefahaman dan saling berbincang bagi menyelesaikan masalah atau kekusutan yang dialami. Bagaimanapun, apa akan terjadi sekiranya teman lelaki hanya tahu mengeluh tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya itu. Sebagai wanita, sebaiknya hindari daripada memilih lelaki jenis ini sebagai pasangan hidup. Lelaki yang tergolong dalam individu jenis ini bukan sahaja hanya bergantung hidup pada seseorang, tetapi dalam masa yang sama tidak mampu menjadi pelindung buat kaum wanita.


3. Anak Mak

Lelaki yang tergolong dalam kategori anak mak memiliki kriteria yang hampir sma dengan lelaki yang tidak tahu berdikari. Apa yang membezakan mereka adalah, lelaki anak mak biasanya bergantung hdup pada ibu mereka. Tidak hanya dengan itu, mereka turut menjadikan ibu mereka sebagai tempat rujukan dalam menyelesaikan masalah. Tidak dinafikan , setiap anak seharusnya berbakti kepada ibunya tetapi ia bukan bererti mereka perlu bergantung hidup pada ibu mereka. Wanita yang memilih lelaki yang tergolong dalam kategori jenis ini bukan hanya tidak bebas tetapi, dia juga bakal berhadapan dengan masalah apabila ingin menguruskan sendiri keperluan rumah tangga kelak.

4. Mengikut Kata

Menjalin hubungan dengan lelaki jenis ini pastinya membuatkan wanita berasa bahagia. Ini kerana, lelaki jenis ini akan menuruti segala kemahuan teman wanitanya, tidak suka berdebat apatah lagi membantah kata-kata atau tindakan pasangannya. Bagaimanapun, kebahagiaan yang dikecapi bukan bersifat mutlak kerana lelaki jenis ini hanya mengikut kata-kata atau arahan teman wanitanya semata-mata. Keadaan ini lama-kelamaan pastinya akan menimbulkan perasaan bosan kerana segala masalah yang wujud memerlukan peranan wanita sepenuhnya untuk bertindak. Biarpun dia memberi sepenuh kuasa kepada pasangannya, tetapi sampai di satu tahap, wanita tersebut akan berasa sudah tidak mampu untuk menanggung segala-galanya sendirian.

5. Pentingkan Diri Sendiri

Berbeza dengan lelaki jenis mengikut kata, lelaki yang pentingkan diri memiliki tahap kepercayaan diri yang tinggi sehingga sering membuat teman wanitanya berasa malu dan jengkel dengan sikapnya. Mereka sebolehnya ingin lebih menonjol kerana berasakan diri pintar dalam semua hal. Tidak hanya dengan itu, mereka juga sukar mendengar kata dan tidak tahan mendengar kritikan.

6. Pendendam

Lelaki yang mudah mengungkit kisah silamnya biasanya suka berdendam. Justeru, tidak hairanlah sekiranya dia menyimpan dendam apabila hatinya disakitin. Jadi sebaiknya hindari lelaki jenis ini kerana apabila pasangannya melakukan kesalahan, dia pasti tidak akan melupakannya. tidak cukup dengan itu, sekiranya punya kesempatan dia juga mengungkit segala kesalahan pasangannya dan tidak mudah memaafkan meskipun pelbagai cara dilakukan untuk menebus kesalahan tersebut.

7. Bermata Keranjang

Mereka yang tergolong dalam individu jenis ini biasanya tidak pernah berasa puas dengan pasangannya sehingga membuatkan mereka mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Dalam fikiran mereka, asalkan tidak terlanjur bermakna mereka tidak mengkhianati pasangan rasmi mereka. Kelebihan yang dimiliki oleh lelaki jenis ini adalah pandai mengambil hati, bijak memujuk rayu dan sering memancing wanita dengan pelbagai janji manis. Apa yang penting, berhati-hati dengan mereka kerana hubungan terlarang ini tidak akan membawa anda ke mana-mana.

No comments:

Post a Comment