Buat peringatan untuk diriku yang sering terlepas pandang.
.........................................................................
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan
buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak
kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya
kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru
kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi
dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain
kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang
jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang
lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras
untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat
kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam
ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia
memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka
berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku
datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari
itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu
boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,
dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang
yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan
merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia
lakukan setiap hari
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun
dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan
mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula
sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta
daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa
kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
Tuesday, 26 June 2012
Petua Bergaul Dengan Orang Yang Kita Benci
kebizian yang maha hebat melanda aku sejak akhir-akhir ni...pheewwww, dok kat opis sehari-hari macam tak sedar masa terus berjalan dan berjalan....sampai masa siren tamat waktu kerja dah berbunyi...so, nampak tak betapa bizinya aku?? ahaksss....
ok, aku tanak citer pasal kerja or pasal apa aku bizi, tu lumrah la kan sebagai seorang pekerja a.k.a kuli orang, jadi boss pon blom tentu lagi kita dapat relaks sewenang-wenangnya....apatah lagi kalau kita ni sekadar pekerja bawahan...
cuma kali ni aku nak berkongsi petua bagaimana untuk terus bergaul dengan orang yang kita tak suka/benci...biasalah dalam kehidupan kita, berjuta-juta manusia yang kita temui, ada yang kita suka, tak kurang juge yang kita tak suka kan, tapi mungkin atas dasar tertentu, seperti atas dasar kerja, yang memaksa kita untuk terus bergaul dengan "mereka"...sama juga seperti diri kita lah, tak semua orang suka kita kan??? dalam ramai-ramai yang kita kenal, mungkin sebahagian daripada mereka menyimpan rasa kurang senang dengan sikap dan peribadi kita, siapa tau.....
Petua ni aku jumpa masa tengah cari bahan untuk menyiapkan tugasan aku, so aku cedok lah, mana tau bleh di apply kan suatu hari nanti..kan?? kan??..
ok, ni adalah petua yang kita boleh amalkan..nampak macam senang je kan?? Insyaallah...

Tuesday, 19 June 2012
Rahsia Huruf Pertama Nama Kita
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.
mari kite check tol x rahsie ni ngn diri sendiri..kalo sy sendiri..mmg sgt mengena la..hehe~
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

Monday, 18 June 2012
Tanda Lelaki Meminati Seseorang
adesssss, boringnyer hari ni...tatau apa den nak buek ni haaaaaa......hurmmm, daripada mengabihkan masa melangut macam katak puru, baik den mengarut dan merepek kat blog ni...ada jugak pekdahnyerr.....
kali ni den nak mengarut pasal tanda-tanda lelaki meminati seseorang, biasanya perempuan lahhh....takkan minat sesama lelaki lak yer, lain la kalo lelaki tu termasuk dalam golongan yang tak berapa nak normal tuu....teeetttttt!!..
den tatau la betol ke tak ni, ni cuma dari pengalaman dan pengamatan den sendiri...kalau salah mintak hampun lerr kannn....
ada beberapa tanda yang den akan senaraikan kat sini, antaranya:
1. lelaki tersebut akan mencari dan cuba dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan dengan perempuan yang dia suka....dari pelbagai sumber asalkan dia dapat maklumat yang diperlukan.......
2. dia akan selalu menghubungi perempuan yang dia suka tak kira waktu, pagi, petang, siang malam..kadang-kadang dia akan call atau sms hanya untuk bertanya "awak dan makan??"....bila perempuan tak balas call atau smsnya, dia akan jadi begitu risau sehingga dia akan cuba menghubungi berkali-kali.....
3. setiap kali dia bangun dari tidur, perempuan tersebut adalah perkara pertama yang terlintas di fikirannya...lebih hazab lagi, bangun je dari tidur, terus capai handset dan menghubungi perempuan tersebut..hanya untuk mendengar suaranya sahaja!! kerana dia merasakan suara perempuan yang diminatinya itu mampu menjadikan hari-harinya lebih ceria dan bermakna....

mana mak??
Cerita pendek karya asal oleh Martinelli Hashim.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Kisah Yang Wajib Dibaca
Sebuah kisah yang dikongsikan di laman internet untuk peringatan kita semua.. baca sampai habis ..
Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."
Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.
Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.
Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"
"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

Personaliti Gemini (21 Mei - 21 Jun)
Personaliti Gemini
cekap dan gemar bekerjasama menjadi sifat utama bagi kamu yang bernaung di bawah zodiak Gemini. sikap seperti ini mula meresapi jiwa kamu sejak dari kecillagi. sudah menjadi kebiasaan bagi kamu melakukan beberapa kerja dalam satu masa tetapi apa yang menjadi masalahnya kerja-kerja tersebut mungkin akan terbengkalai di tengah jalan. sudah menjadi tabuat kamu tidak mahu menumpukan satu-satu tugas itu dengan betul. kamu juga sering menganggap segala-galanya mampu kamu lakukan. terdapat juga gemini yang memiliki dua sifat berbeza. ada ketikanya kamu suka berjenaka dan ada masanya kamu menjadi pemarah/ murung. agak sukar juga teman-teman mahu menyesuaikan diri denganmu. kamu tidak mempunyai ramai teman untuk didampingi kerana kamu tidak suka dikongkong atau diarah membuat itu dan ini. namun, kamu dianggap sebagai seorang yang begitu understanding serta bertimbang rasa ketika berada di samping si dia. meskipun kamu jujur dalam mencurahkan perasaan namun sikap suka mengkritik membuat kamu sering ditinggalkan. dalam kehidupan berumahtangga pula, gemini terlalu mengutamakan keharmonian dan ketenangan. kamu begitu gembira sekali sekiranya sahabat handai atau saudara mara mengunjungi rumahmu pada bila-bila masa.
Kelebihan dan Kelemahan Gemini
orang yang berpendirian tinggi dan pandai mengambil hati pasti akna dapat menarik perhatian gadis atau jejaka gemini. tambahan pula kamu yang bernaung di bawah lambang dua beradik kembar ini dikatakan mempunyai daya pemikiran yang cergas. kamu begitu mudah menerima sesuatu yang memerlukan penghafalan dan daya konsentrasi yang tersedia ada. oleh itu, tidak hairanlah kamu mampu menarik minat orang lain. di sebalik sikap kamu yang agak intelektual itu, orang gemini suka berjenaka dengan teman-teman jika moodnya baik. dalam bidang pekerjaan pula, kamu bukanlah orang yang sanggup bekerja mengorbankan masa dan tenaga tanpa mengira wang serta perbelanjaan. oleh sebab itu, tidak hairanlah sekiranya kamu tidak pernah kering poket. selain itu, kamu juga tidak pernah berpuas hati dalam menjalani sesuatu pekerjaan. mana-mana pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan lebih, itulah yang kamu kejar.
Personaliti Aries (21 Mac - 20 April)
Personaliti Aries
warga aries memiliki sikap cergas dan dikatakan mempunyai kekuatan tenaga luar biasa. kecerdasan dan kerajinan yang ada padamu menarik lebih ramai teman untuk berdampingan serta meminta pertolonganmu dalam membuat sesuatu. setiap pertolongan yang diberikan kamu tidak akan meminta balasan. dalam menjalankan tugas harian, aries tidak takut untuk menanggung beban kepenatan. asalkan setiap apa yang diusahakan itu berhasil dan berjaya. aries tidak pentingkan diri sendiri dan sedaya upaya ntuk membantu orang lain walaupun terpaksa mengenepikan hal-hal peribadi. kamu juga aktif dan tidak mudah putus asa dalam mengejar sesuatu, tetapi tidak sabar untuk mengetahui keputusan atau hasil dari apa yang diusahakannya. namun tidak semua ries bersikap begitu. mereka yang bersikap lemah lembut pula lebih suka berterus-terang. perselisihan aries dengan teman-teman mudah berlaku. ini kerana sikap aries yang kuat cemburu dan tidak suka melihat orang lain mempunyai kebolehan yang lebih daripadanya. aries yang terllau mementingkan tugas selalu mengalami konflik dengan keluarga dan teman-teman.
Kelebihan dan Kelemahan Aries
aries tidak takut pada persaingan ataupun sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu kerana mempunyai identiti tersendiri dalam melakukan sesuatu. kamu tidak suka orang lain mencampuri urusan peribadimu.selain itu kamu bersikap bebas dan gemar berterus terang, namun kamu tidak mempunyai teman yang tetap. perhubungan atau persahabatan akan berkekalan sekiranya mereka dapat sesuaikan diri dengan kamu. jika sebaliknya, keadaan akan berubah. mereka yang telah lama berkawan akan dapat membongkar sikap buruk yang ada pada aries. kamu sebenarnya tidak pandai menyimpan rahsia dan talam dua muka. cuba berbaik-baik kepada kedua-dua belah pihak tetapi memburukkan antara satu sama lain.
Friday, 15 June 2012
Mandikan Aku Bonda
Sering kali orang tidak mensyukuri apa yang diMILIKInya sampai
akhirnya.....
Ikuti kisah ini, semoga ia dapat memberi pengajaran kepada kita, terutamanya kita yang bergelar ibubapa.....
Rani, sebut saja begitu namanya. Kawan kuliah ini berotak cemerlang dan
memiliki idealisme tinggi. Sejak masuk kampus, sikap dan konsep dirinya
sudah jelas: meraih yang terbaik, di bidang akademik mahupun profesion yang
akan diceburinya. ''Why not the best,'' katanya selalu, mengutip ucapan
seorang mantan presiden Amerika.
Ketika Universiti menghantar mahasiswa untuk studi International Law di
Universiteit Utrecht , Belanda, Rani termasuk salah satunya. Saya lebih
memilih menyelesaikan pendidikan kedoktoran.
Berikutnya, Rani mendapat pasangan yang ''selevel''; sama-sama
berprestasi, meski berbeza profesion.
Alifya, buah cinta mereka, lahir ketika Rani dilantik sebagai staf
diplomat, bertepatan dengan selesainya suami dia meraih PhD. Lengkaplah
kebahagiaan mereka. Konon, nama putera mereka itu diambil dari huruf
pertama hijaiyah ''alif'' dan huruf terakhir ''ya'', jadilah nama yang
enak didengar: Alifya. Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud
menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir.

Mitos Menarik Di Seluruh Dunia
- Pada zaman dahulu, orang2 Nicaragua percaya, jika mereka melemparkan wanita muda yang cantik kedalam gunung berapi, maka gunung tersebut akan berhenti meletus...(sian plak cantik-cantik kene campak dalam gunung berapi!)..huhuhu...
- Dalam cerita2 rakyat zaman dulu ada beberapa cara untuk melindungi diri dari serangan vampire, yg paling popular adalah bawang putih dan simbol2 agama, tapi ada cara unik yg banyak dipercaya untuk memperlambat jalan nya sang vampire, iaitu membuat sang vampire sibuk, dengan cara menaburkan bijian, atau membuat kusut benang atau jaring....(bodoh jugak vampire ni kan?? bleh ditipu mcm tu jer..)
- Adalah kepercayaan cina kuno jika memberikan sandal jerami sebagai hadiah, karena itu dihubung2kan dengan kuburan dan membawa sial..(kesimpulannya, kalo nk bagi hadiah, bagi hadiah sandal yang mahal2!)
- Menurut mitos ada kota di Scotlandia yg muncul secara aneh sehari dalam 100 tahun, nama kota itu adalah Brigaddon...
- Banyak pelaut percaya jika ada kucing yang naik ke kapal mereka, itu bererti mereka akan bernasib baik dalam perjalanan...(kesian lak kucing tu, tak pasal2 jadi buruh paksa kat atas kapal tu!)....
Thursday, 14 June 2012
Petua Menghilangkan Kelemumur
Ramai di kalangan kita yang mengalami masalah kelemumur...bermacam-macam cara telah dilakukan, tapi...kelemumur masih bermaharajalela di kepala.....ni ada satu tips atau petua bagaimana menghilangkan kelemumur...caranya sangat mudah!!!!
mula-mula, dapatkan kangkung sebanyak mana yang diperlukan...kemudian kangkung tersebut dibasuh dengan menggunakan air yang bersih.....
Kenali Lelaki Berperwatakan Negatif
Bukan mudah untuk memilih pasangan atau teman hidup sejati kerana keperibadian pasangan akan membawa impak besar terhadap kebahagiaan hidup seseorang. Sekiranya keperibadain pasangan anda lebih menjurus ke arah negatif, dikhuatiri ia akan menjadi racun terbesar dalam hubungan . Apa yang pasti, anda tentunya berharap bisa menemui pasangan yang memiliki keperibadian positif kerana kriteria tersebut bakal membawa anda mengecapi keharmonian dan kebahagiaan kelak.
Agar anda tidak tersalah pilih, sebaiknya kenali beberapa perwatakan negatif lelaki yang perlu anda jauhi.
1. Takut Komitmen
Amat sukar membentuk seseorang untuk memiliki komitmen diri. Pun begitu, sekiranya hubungan yang terjalin telah lama berlangsung tetapi dia masih belum menunjukkan sebarang komitmen, sebaliknya tinggalkan sahaja. Lelaki jenis ini bukan sahaja tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas, tetapi dia juga sebenarnya tdiak berhasrat untuk menjalinkan hubungan yang serious dengan pasangannnya. Lebih memeritkan, mereka juga memiliki perasaan cemburu yang tinggi sehingga sanggup menyekat teman wanitanya daripada bersosial atau bersahabat dengan lelaki lain.
2. Tidak Tahu Berdikari
Hubungan yang baik biasanya didasari dengan sikap terbuka, persefahaman dan saling berbincang bagi menyelesaikan masalah atau kekusutan yang dialami. Bagaimanapun, apa akan terjadi sekiranya teman lelaki hanya tahu mengeluh tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya itu. Sebagai wanita, sebaiknya hindari daripada memilih lelaki jenis ini sebagai pasangan hidup. Lelaki yang tergolong dalam individu jenis ini bukan sahaja hanya bergantung hidup pada seseorang, tetapi dalam masa yang sama tidak mampu menjadi pelindung buat kaum wanita.

Tuesday, 12 June 2012
7 jenis cinta
1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..
2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi ‘guru’, seorang yg blh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat @ diri kita.
3. CINTA MENGGODA
Seseorg yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

Cinta dan Jodoh
Kepada wanita:
"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya."
Kepada yang ingin bercinta:
"Jodoh itu ade 3 jenis:"
"Jodoh yang diilhamkan syaitan, kamu berjumpa dengannya, berpegangan tangan, berhibur dengannya dan kemudian tidur dengannya, dia kemudiannya hamil dan kamu menikahinya"
"Jodoh yang diilhamkan Jin, Kamu mencintanya, tetapi dia tidak mencinta kamu, kamu menyihirkannya dan membomohkan nya untuk berkahwin dengan nya."
"Jodoh yang diilhamkan Allah, kamu bertentang mata dengannya, lahir perasaan cinta dihati kamu terhadapnya dan lahir perasaan cinta darinya terhadap kamu, kamu meminangnya untuk dijadi permaisuri rumahtangga mu"
Kepada Lelaki:
"Cinta bukan untuk mainan, cinta bukan untuk dipersendakan, cinta yang diperlukan wanita adalah cinta yang iklas datang dari hati. Cinta yang bersedia untuk hidup semati."
Kepada semua:
"Percintaan adalah permulaan Jodoh"
Khasiat Makanan Menurut Islam
Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Monday, 11 June 2012
Hargailah Orang Yang Kita Sayang
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan
sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut saja ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke
kelas.

Jangan Mencari Yang Terlalu Sempurna
Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail..
Hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia...
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya...
Ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU...
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
20 Perkara Wanita Benci Lelaki
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak ialah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala
gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti
mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?

Sunday, 10 June 2012
Erti Pemberian Seseorang
Tentunya anda ingin pasangan anda menghargai apa jua hadiah yang diberikan kepadanya. Perkara asas yang perlu diambilkira ialah sifat pasangan anda. Jika anda benar-benar pasti sifat pasangan anda, maka berikan hadiah yang mencerminkan peribadinya.
Bunga ros merah
bunga ros merah sesuai diberikan kepada kaum Hawa. Bagi penggemar bunga, mereka tidak kisah dan tetap akan menjaga bunga tersebut, biarpun ia telah layu. Bagi mereka yang kreatif, bunga ini akan dihiaskan atau digubah di dalam pasu. Mereka ini seorang yang prihatin dan amat menghargai pasangan mereka.
Cokelat dan anak patung (teddy bear)
mereka yang sukakan cokelat dan teddy bear seorang yang bersifat keanak-anakan. Jangan pelik bukan perempuan sahaja yang sukakan cokelat, lelaki juga ada yang menggemarinya. Mereka yang manja dan suka merajuk, amat bersesuaian jika diberikan cokelat. Mesti rajuk mereka akan cepat reda, apabila dihadiahkan cokelat kesukaannya.

Jangan Ditangisi Apa Yang Bukan Milik Kita
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)