Kali ni nak membongkar personaliti seseorang yang bernaung di bawah lambang Sagitarius...hehe..(termasuk akulah tu!!)
Personaliti Sagitarius:
sagitarius merupakan golongan yang mempunyai sikap percaya pada diri sendiri, jujur, suka berterus-terang dan mempunyai daya pemikiran yang terbuka. orang-orang sagitarius begitu mudah menaruh kepercayaan kepada seseorang dan berharap orang lain juga akan bersikap demikian kepada mereka. kamu tidak suka membanggakan diri dan tidak kedekut. mana-mana teman yang ingin mendapatkan bantuan pasti tidak akan berasa kecewa. kamu menghargai setiap cadangan yang dirasakan baik. ada di antara kamu yang aktif dalam kerja-kerja amal dan ini menjadikan orang lain turut menghormati sagitarius. kamu juga aktif dalam bidang sukan. walaubagaimanapun kamu tidak mementingkan kemenangan kerana apa yang lebih penting adalah semangat kesukanan. sifat kamu yang bebas dan lincah menyebabkan ramai menyenangimu. walaupun kamu bersifat riang, tetapi kamu mudah berasa risau apabila memikirkan tentang sesuatu perkara.
Kelebihan dan Kelemahan Sagitarius:
kamu mudah berasa kesal di atas perbuatan sendiri yang suka terburu-buru. kamu tidak suka memikirkan masalah kewangan kerana orang sagitarius sendiri akan menghabiskannya dengan bershopping. bersuka ria bersama teman-teman sehingga larut malam adalah salah satu sifat yang sukar dikikis di kalangan orang sagitarius.selain dari itu, kamu juga agak kurang berdisiplin dan suka membazir tenaga ke arah perkara-perkara yang tidak berfaedah. kamu jarang duduk diam ketika sakit kerana orang sagitarius cepat bosan. dalam dunia pekerjaan pula, kamu pantang dicabar. sekiranya diberi tugas sebagai ketua, kamu akna melaksanakan tugas dengan baik. kamu gemar memerintah tetapi tidak suka diperintah.
percintaan warga sagitarius terlalu romantik dan kamu kadangkala bersikap keanak-anakan. jadi tidak hairanlah kamu sering ebrtukar-tukar pasangan. paling ketara, kamu tidak suka dikongkong dan sukakan kebebasan.
Percintaan Gadis Sagitarius.
Gadis sagitarius baik dan cukup peramah dengan sesiapa sahaja. kamu gemar bergerak aktif dalam sukan dan kerja-kerja sukarela. sang jejaka menyukai gadis sagitarius kerana sporting, outstanding dan gemar berterus-terang. selain itu, gadis sagitarius cepat marah dan merajuk tetapi cepat pula sejuknya. cuma yang membingungkan pasanganmu, kamu terlalu mementingkan kebebasan dalam hidup. kamu mudah jatuh cinta pada jejaka yang menarik, tetapi tidak kekal lama. kamu tidak akan berkahwin selagi tidak mengetahui tentang latar belakang bakal pasanganmu. kamu tidak suka campurtangan orang lain dalam sebarang masalah kerja yang dihadapi oleh teman lelaki atau suamimu.
Percintaan Jejaka Sagitarius
lelaki sagitarius bijak memikat gadis-gadis jelita kerana sikapmu yang peramah dan pandai mengambil hati. kamu mampu membuatkan gadis itu berasa sungguh istimewa dengan layanan yang diberikan. kamu jarang memikirkan hal-hal berumahtangga kerana takut kehilangan kebebasan. sekiranya bertemu dengan gadis pilihan, kamu tidak teragak-agak untuk menjadikannya sebagai teman hidup. lelaki sagitarius tidak suka duduk di rumah tetapi bertanggungjawab terhadap keluarga.
No comments:
Post a Comment