Pages

Tuesday, 24 April 2012

Personaliti Pisces (19 Feb - 20 Mac)



Personaliti Pisces
pisces memang terkenal dengan sifat ringan tulang, penuh tanggungjawab dan tidak mengharapkan sebarang balasan. ketekunan pisces dalam melakukan sesuatu pekerjaan wajar dicontohi oleh orang lain. sifat tolong menolong begitu menebal dalam dirimu. apa yang pasti, ia tidak tertumpu kepada orang-orang tertentu sahaja. kamu tidak pandang pada paras rupa mahupun darjat dalam soal menyumbang tenaga. pisces juga mudah simpati dengan orang lain.kamu seboleh-bolehnya cuba menyelesaikan amsalah yang dihadapi oleh orang lain. selain itu, kamu senang mendapat kawan dan ramai yang suka mendampingimu. pisces berfikiran luas dan tidak gemar mengkritik pandangan atau pendapat orang lain. sebaliknya kamu suka mendengar dari bercakap. pisces jarang mendapat masalah walau di mana kamu berada. kamu selalunya jujur dalam melakukan sesuatu dan sering mengelakkan dari melakukan sesuatu tanpa pengetahuan orang lain.

Kelebihan dan Kelemahan Pisces
pisces gemar menyahut cabaran dan suka dihargai. tetapi tidak suka diri dikritik sepertimana kamu tidak suka mengkritik orang lain. apabila dikritik, jangan terkejut jika pisces berubah sikap. dari seorang yang tenang menjadi terlalu senitif seterusnya kecewa dan mula merasakan hidup ini tidak bermakna. kamu juga cepat putus asa sekiranya apa yang dicita-citakan menemui kegagalan. kamu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik, perubatan dan lukisan. pisces seorang yang idealistik, menaruh kepercayaan bahawa setiap orang harus bersikap tolong menolong. kamu sanggup berkorban membantu orang lain tanpa mengenal erti penat lelah. kamu juga bersikap tenang walaupun dalam situasi mengecewakan.

Percintaan Gadis Pisces
gadis pisces sangat romantik dan jujur orangnya. kamu juga mengharapkan agar pasanganmu begitu juga. sekiranya dia gagal untuk memenuhi kehendakmu, maka timbul perasaan sensitif yang tidak menentu. bila ditimpa sebarang masalah, pisces akan cuba menjauhkan diri dari teman-teman. kamu tidak mahu berdampingan dengan mereka yang tidak tahu menjaga hati kamu. namun kamu selalu berusaha untuk menyenangkan hati kawan atau kekasih. sifat sensitif kamu agak keterlaluan, tapi mujurlah ia bersifat sementara sahaja. kamu merasakan setiap apa yang berlaku adalah perkara normal dan tidak dapat dielakkan. bagi lelaki yang telah lama berkawan, mereka akan faham tabiat buruk gadis pisces.

Percintaan Jejaka Pisces
jejaka pisces gemar memasang angan-angan dan hidup dalam dunia fantasi. walaupun lelaki pisces romantik atau begitu menyintai kekasihnya, namun kamu tak berupaya untuk mengungkapkan perasaan tersebut kepada si dia. dalam perhubungan cinta, nampaknya lelaki pisces perlu melakukan lebih banyak komunikasi lisan. kamu sukakan kebebasan dan amat benci jika dikongkong. selain itu lelaki pisces suka dipuji dan sering mengharapkan ungkapan cinta daripada kekasihnya. gadis yang berkeperibadian tinggi adalah pendamping yang paling sesuai buat pisces. kamu menyenangi perhubungan yang mampu membuahkan kepentingan intelek dan minda. pieces juga suka melayan kekasihnya sebagai teman baik.

No comments:

Post a Comment