Pages

Monday, 16 April 2012

Personaliti Capricorn (22 Dis - 19 Jan)



Personaliti Capricorn
kamu mempunyai sikap bekerja keras serta ingin terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi. kamu jarang sekali melakukan sesuatu tanpa sebab kerana orang capricorn memiliki cita-cita tinggi. bagi kamu, sesuatu yang dilakukan itu perlu berakhir dengan kejayaan. kamu juga begitu menitikberatkan soal kerja dan tidak suka meninggalkan apa sahaja pekerjaan di tengah jalan. apabila menaruh kepercayaan kepada seseorang maka kamu menaruh harapan yang tinggi untuk mencapai kejayaan. kamu berminat untuk mendampingi mereka yang mempunyai kebolehan tak kira dalam apa jua bidang. kamu juga jenis yang tidak
tahu berdiam diri. melihat orang lain sibuk membuat kerja, kamu mula memberi pertolongan dan bersikap ringan tulang. selain itu, kamu senang di bawa berbincang. malah dalam satu pertelingkahan selalunya kamu akan menang. namun bagi capricorn yang bersifat lemah lembut amat mudah menerima tekanan dari pihak lain. ini menyebabkan kamu lebih senang menyembunyikan diri daripada dilihat oleh orang-orang tertentu yang sememangnya ingin menjatuhkanmu. ada ketikanya capricorn menjadi seorang pengecut tetapi cuba memberanikan diri untuk melawanmusuh yang ingin menikamnya dari belakang.

Kelebihan dan Kelemahan Capricorn
agak sukar sedikit untuk dijadikan akwan kerana sentiasa mempunyai sikap yang konservatif. untuk berjaya dalam hidup mulalah kamu bersikap mementingkan diri. dalam dunia percintaan, sikap capricorn agak sukar untuk difahami. apatah lagi apabila kamu sendiri melakukan kesilapan atau kesalahan. bila ditimpa sebarang masalah seperti ini kamu lebih senang menyendiri. sungguhpun begitu, kamu jujur dan sanggup berkorban apa saja demi mengukuhkan hubungan. sedaya upaya kamu akan cuba memperbaiki diri apabila melakukan kesalahan agar perkara tersebut tidak terus diperbesarkan.

Percintaan Gadis Capricorn
kamu menganggap cinta adalah sesuatu eprkara yang serius dan kamu suka menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara terbuka. kamu akan lebih menghormati orang yang turut menghormati kamu. selain itu, apabila segala kehendak kamu dipenuhi maka baru timbul rasa cinta yang mendalam dilubuk hatimu. namun, kamu agak sukar untuk mendapat teman sejati. mungkin juga kerana sikapmu yang terlalu tegas tetapi tidak bermakna kamu mementingkan diri sendiri. bagi kamu, adalah lebih baik mempelajari sikap seseorang sebelum mencurahkan perasaan sayang.

Percintaan Jejaka Capricorn
kamu lebih suka bersikap intelektual daripada bersikap romantik. seorang yang tegas dan teguh pendirian apabila berhadapan dengan cinta. lidah kamu sering menjadi kelu kerana sikapmu yang lebih banyak bersabar. biarpun agak sukar difahami, tapi kamu seorang yang jujur serta penuh kasih sayang. pastinya si dia berasa bangga kerana memilikimu. selain itu, yang tak bestnya, kamu suka mengambil tahu tentang kisah silam dan latar belakang kekasihmu. kamu juga ramai teman wanita tetapi bersikap ideal terhadap gadis yang berjaya mencuri hatimu..

No comments:

Post a Comment