Pages

Friday, 20 April 2012

Personaliti Aquarius (20 Jan - 18 Feb)



Personaliti Aquarius
kamu seorang yang agresif dan lebih bersifat toleransi. cara pemikiran kamu juga lebih terbuka dan adakalanya terlalu advance maju ke hadapan. kamu pemurah, penyayang dan suka membantu orang lain. kamu sanggup mengenepikan kerja sendiri buat sementara waktu semata-mata untuk menolong orang lain. apa saja perkembangan terbaru mengenai dunia dan hal semasa menarik perhatianmu. selain itu, kamu juga tidak suka terlalu bergantung pada nasihat orang lain. bangi kamu, segala pendapat atau pandanganmu lebih maju ke depan. kamu begitu mementingkan ketenangan dan keharmonian walaupun dalam pergaulan seharian. sebarang perkara yang berkaitan dengan pelajaran/ pekerjaan sering mendapat tempat pertama di hatimu. kamu tidak suka membeza-bezakan golongan kaya atau mskin kerana bagi kamu mereka itu sama saja. setiap orang mempunyai hak tersendiri untuk memajukan diri tanpa mengenal darjat atau pangkat. aquarius tidak takut pada perubahan, malah berasa bangga sekiranya dia berjaya melakukan perubahan itu. kamu sentiasa berminat untuk menjadi lebih kreatif, tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi. cara pemikiran yang luas serta suka pada kerja luar menyebabkan kamu berjaya menarik perhatian orang untuk mendampingimu.

Kelebihan dan Kelemahan Aquarius
aquarius senang berkawan dengan sesiapa sahaja dan sentiasa mengelakkan dirinya daripada bermusuh. sedaya upaya kamu akan cuba menjauhkan diri daripada menjaga tepi kain orang. selain itu, kamu seorang yang kuat pendirian. baik buruk akan kamu tanggung sendiri. terdapat juga aquarius yang suka meninggi diri dan cuba menggunakan taktik kotor untuk mendapat perhatian dari orang lain. ada sesetengah aquarius yang langsung tidak menitik beratkan soal fesyen dalam kehidupan sehariannya. apa yang penting, segalanya progress dan kamu berjaya dalam bidang yang diminati. aquarius juga selalu menghadapi konflik keluarga dan teman-tman kerana sikapmu yang tidak menentu itu. ada ketikanya kamu riang dan ada masanya kamu membisu tanpa sepatah kata pun.

Percintaan Gadis Aquarius
gadis aqua tidak begitu berminat berbicara tentang hubungan intim walaupun pada hakikatnya kebanyakan lelaki yang mendampinginya kacak dan menarik. jejaka yang menjadi pilihan kamu mestilah yang memahami karier serta perasaanmu. mungkin juga mereka yang terlibat dengan kerja-kerja yang dilakukan aquarius. kamu akan berasa bersalah apabila tidak dapat memenuhi kehendak orang yang mengharapkan sesuatu yang kamu sendiri tidak yakin untuk bahagia bersamanya. opssss...sikap gadis aquarius yang paling membosankan ialah kamu terlalu dalam dalam memperkatakan sesuatu, tak kira tempat dan kawan. apapun kamu akan lebih menghormati pemuda yang memahami karier dan kebebasanmu.

Percintaan Jejaka Aquarius
jejaka aqua adalah seorang yang berfikiran luas. sifat penyayangnya tidak tertumpu pada teman wanitanya sahaja. sebaliknya pada negara dan juga masyarakat. kamu memang bijak berkata-kata terutama bila mengayat awek. biarpun banyak halangan, tetapi kamu tetap juga cuba untuk mendekatinya. dalam percintaan, jejaka aqua benci akan perpisahan. kamu suka gadis yang gemar berterus-terang dan faham pendirian hidupnya. mana-mana gadis yang ingin mendampingimu dinasihatkan jangan cemburu buta kerana kamu memang terkenal mempunyai pergaulan yang luas dalam kehidupan sosialnya. dalam diam-diam itulah kamu akan pilih salah seorang yang paling ideal untuk dijadikan teman hidup.



2 comments: