Pages

Wednesday 27 February 2013

Jangan Bercakap Ketika Solat

pada suatu hari jumaat yang hening, Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pun makan tengahri di rumah. perjalanan ke masjid lebih kurang 10km jauhnya. Amat pun membayar tambang 50sen kepada konduktor hensem itu, lalu baki sekeping 50sen di simpan di dalam kocek baju melayunya. 

sesampai di masjid, Amat pun mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah penuh. setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat. Amat pun turut menunaikan solat jemaah itu...

semasa para jemaah rukuk termasuk Amat, tetibe duit syiling 50sen nya tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang yang di hadapannya. ...risau pulak si Amat memikirkan dia terpaksa jalan kaki balik ke rumah dalam keadaan cuaca yang panas berdenting itu...Amat pun berbisik kepada orang di hadapannya..."jangan amik duit aku tu, aku nak buat tambang balik nanti...."
  lalu orang  di hadapannnya menjawab..."alah, setakat 50 sen aku tak heranla, tak der sapa yang nak amik duit engkau".....

lalu orang di sebelah Amat yang terkejut mendengar Amat bercakap ketika sembahyang pun menyampuk..."eh korang nie,..dalam semayang mana bleh bercakap"...

selepas itu ada pulak yang lain bersuara ..." yang engkau bercakap tu apa?"....

sahla, sembahyang mereka terbatal hanya kerana duit 50 sen..



kesimpulannya: jangan bercakap ketika sembahyang...lupakan hal-hal dunia ketika mengadap Allah yang Maha esa....

No comments:

Post a Comment