Pages

Wednesday 31 October 2012

Personaliti Libra



Personaliti Libra
libra adalah lambang dacing yang memberi gambaran seorang yang berhati lembut dan juga penuh dengan sifat-sifat pengasih serta mudah bersimpati terhadap kesusahan orang lain. kamu tidak suka melihat adanya insan lain yang bersedih. sedaya upaya kamu akan cuba memberi bantuan. kamu juga cintakan kedamaian serta keindahan. namun mereka tidak suka hidup bersendirian dan kalau boleh sepanjang amsa ingin dikelilingi teman-teman. libra juga bijak dalam menjalinkan persahabatan. kamu gemar berada dalam susana romantik walaupun ketika sibuk menjalankan tugas. kamu merupakan pekerja yang patuh pada arahan dan setring melahirkan suasana kerja yang menyenangkan. dalam menumpukan perhatian pada bidang kerja yang diceburi, kamu dianggap golongan yang berkaliber, bijak serta rajin. hasil dari itu, tidak hairanlah sekiranya kamu berpeluang untuk terus maju ke hadapan. cinta bagi kamu adalah sederhana dan ini dapat dilihat dari cara kamu mengendalikannya. kamu bersifat lemah lembut terhadap pasanganmu untuk memberi kebahagiaan. tetapi adakalanya kamu tidak berkeyakinan sama ada telah terjebak dalam cinta atau sebaliknya. percintaan kamu kerap berakhir tanpa alasan.

Kelebihan dan Kelemahan Libra
orang libra berpendirian tegas, tetapi jarang berpuas hati dengan setiap keputusan yang diambil. jadi tidak hairanlah kamu sering bertukar pendirian di saat akhir. kebijaksanaan serta sifat sabar kamu memberikan kestabilan dalam hidup. sifat pendendam kamu tidak begitu kuat menguasai fikiran, namun bila timbul perasaan marah, kamu akan tonjolkan secara terbuka. kamu akan kembali tenang setelah berjaya mengawal perasaan marah tersebut. libra biasanya suka berkhayal, walaupun ketika berada di khalayak ramai. orang-orang libra mahu dirinya diberi perhatian. kamu mahu orang lain turut bersimpati saat kamu ditimpa kesusahan. kamu senang dijadikan kawan disebabkan sifat semulajadi kamu yang mudah diajak berunding. sekiranya mmepunyai masalah, kamu boleh dijadikan tempat mengadu.

Percintaan Gadis Libra
gadis libra bertuah kerana memiliki wajah yang mempesonakan dan berkeperibadian. kamu kerap mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi dari si dia sehingga adakalanya hampa begitu saja. kamu cepat jatuh cinta pada pemuda yang dirasakan menarik, sehingga menimbulkan masalah baru untuk kamu memilih lelaki manakah yang mahu dibuat teman hidup. walaupun bermata keranjang, namun kamu agak jujur dalam percintaan. sifat keibuan yang bersemadi dalam diri gadis libra membuatkannya lain dari yang lain. lembut, mesra dan manja. tetapi setelah bertemu dengan pasangan yang benar2 secocok, kamu bersedia membuat apa saja untuk membolehkan perkenalan berakhir ke jinjang pelamin. biarpun sikap mata ketanjang kamu terbawa-bawa dalam kehidupan berumah tangga, namun kamu dapat menjaga perasaannya demi menyelamatkan kesejahteraan rumah tangga yang dibina.

Percintaan Jejaka Libra
seperti gadis libra, jejaka libra juga mudah memikat gadis-gadis dengan ketampanan paras rupanya. kamu tahu untuk membuat gadis pujaan berasa istimewa dan disayangi. lelaki libra tergolong sebagai pemuda romantik dan mempunyai kekasih penting dalam kehidupanmu. kamu juga jujur dalam percintaan tetapi mudah jemu dengan pasangan yang sama setelah beberapa tahun bercinta. gadis mudah jatuh hati pada jejaka libra kerana kamu sendiri seperti mengetahui segala-galanya. selain itu kamu seakan tahu menilai kebaikan dan keburukan dengan bijak. jejaka libra lebih tertarik hati kepada gadis yang sukar dimiliki cintanya berbanding gadis yang suka menonjolkan cintanya terhadapmu. walaupun kamu kerap menukar teman wanita namun kamu merupakan lelaki yang bertanggungjawap apabila berjumpa dengan gadis yang sesuai. kamu mampu menjadi nakhoda yang baik dalam melayarkan bahtera rumahtangga.

No comments:

Post a Comment