Pages

Thursday 9 August 2012

Personaliti Leo (23 Jul - 23 Ogos)



Personaliti Leo
leo merupakan golongan yang suka memerintah tetapi tidak suka diperintah. kamu tidak suka kepada teman-teman yang suka mengarah melakukan itu dan ini kerana kamu berpendapat setiap apa yang diperlakukan itu merupakan tanggungjawap seseorang dan orang lain tidak seharusnya turut melibatkan diri. kamu juga terkenal dengan sikap suka berterus-terang, penyayang, berdikari dan berjiwa besar. kamu tidak suka dikongkong kerana kamu percaya dengan adanya kebebasan seseorang itu akan lebih berjaya dalam hidup.bercinta dianggap sesuatu yang paling unik dan mengghairahkan bagi kamu. kamu akan cuba memahami sikap si dia dan menghargai setiap apa yang diperlakukan dengan syarat si dia juga sedia memahami tanggungjawapmu dalam apa jua perkara. slain itu, kamu juga tidak mudah putus asa untuk mendapatkan sesuatu yang kamu impikan. kamu berani dan tidak gentar dalam memberi pendapat serta idea walaupun menerima tamparan hebat. bagaimanapun warga leo biasanya bersikap angkuh dan sombong. disebabkan itu kamu kurang disenangi oleh teman-teman, namun masalah ini dapat diatasi dengan mudah apabila kemewahan memainkan peranan utama.

Kelebihan dan Kelemahan Leo
disebalik keangkuhan Leo, kamu tetap dipuji kerana bersikap pemurah serta sedia membantu orang-orang yang dalam kesusahan. kamu memiliki daya kepimpinan yang tinggi, sentiasa berani, berbakat, mengutamakan rasa cinta, rapat dengan kanak-kanak, peramah dan sukakan hiburan. tetapi Leo kerap menunjukkan ego, banyak cakap, memperlihatkan sifat ketuanan, menunjuk-nunjuk mengejar kemewahan dan menghadapi kompleks rendah diri serta bangga diri. kelahiran Leo melambangkan singa, ia cukup romantik. pasangan paling tepat buat Leo adalah Sagitarius dan Libra. sikap mereka yang periang dapat menjadikan Leo bahagia.

Percintaan Gadis Leo
mempunyai satu keistimewaan dari segi kecantikan. tidak dinafikan kebanyakan gadis Leo memang cantik. wajah kamu yang manis itu mudah menarik perhatian si jejaka. disusuli pula dengan sikap peramah dan periang yang kamu miliki. kamu juga sentiasa bersikap serius berhubung dengan dunia percintaan. kamu tidak suka sekiranya cinta kamu dipermainkan dan paling benci lelaki yang bersifat panas baran dan keras kepala. Gadis Leo suka mengunjungi pusat hiburan atau parti. bagi lelaki yang ingin mendampingi Leo biasanya terpaksa berbelanja lebih di peringkat awal kerana kamu mudah kabur dengan kemewahan. kamu juga suka nampak mewah dan bergaya. Leo sanggup mencari wang yang lebih kerana kamu sukakan kekayaan. kamu juga gemarkan gaya hidup glamor.

Percintaan Jejaka Leo
kamu terkenal dengan sikap kasar dan jarang kekal dengan seorang gadis.
kamu begitu mmepersonakan, pandai mengambil hati dan sentiasa bersikap lembut terhadap sesiapa sahaja yang ingin mendampingimu. tidak kira bujang atau yang dah berkahwin, kamu tetap mengutamakan kebebasan dalam hidup dan tidak suka dikongkong. kamu suka bergaul sehingga tidak dapat berdampingan dengan seseorang yang cemburu dan suka kontrol. cinta adalah sesuatu yang peribadi, sehinggakan kamu tidak memperlihatkan kasih sayang kamu di khalayak ramai. selain itu, jejaka Leo sentiasa berusaha mencapai kedudukan tinggi walaupun terpaksa mula dari bawah. ini bermakna jejaka Leo tekun bekerja, tetapi kamu tidak suka diarah itu dan ini. sebagai ketua keluarga, sebaiknya Leo sentiasa bersedia menyelami hati dan perasaan orang lain dengan lebih menyeluruh.

No comments:

Post a Comment