Pages

Monday 30 July 2012

Kasih Seorang Bapa

Sedih betol  tengok iklan ni....tak sedar airmata menitis tengok betapa kasihnya seorang bapa terhadap anaknya, sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan seorang anak..walaupun diri serba kekurangan, tapi tetap ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak......

kita sebagai anak, hargailah kasih sayang orang tua kita....kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa hingga ke hujung nyawa....

Abah....
orang sayang sangat kat abah...walaupun orang jarang berpeluang jumpa abah, tapi orang sentiasa doakan abah supaya panjang umur supaya orang dapat terus bermanja dengan abah...dapat membalas jasa abah besarkan orang selama ni, walapun orang sedar, sampai mati pun jasa abah tak terbalas..tapi orang cuba bah..orang cuba untuk gembirakan abah, bahagiakan abah sampai bila-bila.......

Abah....
orang rindu nak bersembang dengan abah, tapi kekangan masa dan tugas selalu membataskan peluang untuk pulang menjenguk abah.....



Abah,...
raya ni, tunggu orang balik ehhh....orang tau, abah mesti sibuk buat persiapan untuk sambut anak menantu dan cucu-cucu pulang beraya...abah mesti tak menang tangan melayan kerenah cucu-cucu abah yang empat orang (bakal masuk 5) yang lasak macam otromen tu....

Abah...
akhir sekali orang nak abah tau,,,orrang sayang abah sangat-sangat,,,abahlah bapa terbaik....terima kasih Allah kerana berikan abah yang terlalu baik kepada kami adik beradik....sayang abah sampai bila-bila.......

No comments:

Post a Comment