Pages

Tuesday 26 June 2012

Petua Bergaul Dengan Orang Yang Kita Benci

kebizian yang maha hebat melanda aku sejak akhir-akhir ni...pheewwww, dok kat opis sehari-hari macam tak sedar masa terus berjalan dan berjalan....sampai masa siren tamat waktu kerja dah berbunyi...so, nampak tak betapa bizinya aku?? ahaksss....

ok, aku tanak citer pasal kerja or pasal apa aku bizi, tu lumrah la kan sebagai seorang pekerja a.k.a kuli orang, jadi boss pon blom tentu lagi kita dapat relaks sewenang-wenangnya....apatah lagi kalau kita ni sekadar pekerja bawahan...

cuma kali ni aku nak berkongsi petua bagaimana untuk terus bergaul dengan orang yang kita tak suka/benci...biasalah dalam kehidupan kita, berjuta-juta manusia yang kita temui, ada yang kita suka, tak kurang juge yang kita tak suka kan, tapi mungkin atas dasar tertentu, seperti atas dasar kerja, yang memaksa kita untuk terus bergaul dengan "mereka"...sama juga seperti diri kita lah, tak semua orang suka kita kan??? dalam ramai-ramai yang kita kenal, mungkin sebahagian daripada mereka menyimpan rasa kurang senang dengan sikap dan peribadi kita, siapa tau.....

Petua ni aku jumpa masa tengah cari bahan untuk menyiapkan tugasan aku, so aku cedok lah, mana tau bleh di apply kan suatu hari nanti..kan?? kan??..

ok, ni adalah petua yang kita boleh amalkan..nampak macam senang je kan?? Insyaallah...

1. Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari. Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda. Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.

2. Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda, sebab anda ada aura yang menyenangkan. Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda. Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran anda. Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang dengan sesiapa sahaja. Jika anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang itu akan benci anda. Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tidak semena-mena. Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua itu timbul secara tiba-tiba. Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Inilah sebab kenapa anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati.


No comments:

Post a Comment