16. Memberi Peringatan Seperti Ancaman
Lelaki pendera sering mengingatkan anda akan kebaikan dirinya, kepentingannya dan betapa beruntungnya anda memilikinya. Walaupun dia mungkin juga mengakui bahawa dia berasa ‘kalah’ ketika dia merasa rendah diri kerana menginginkan anda kembali disampingnya. Jika anda mempunyai sebarang keraguan bahawa pasangan anda mungkin seorang pendera, jangan teragak-agak untuk mengundurkan diri daripadanya secara perlahan-lahan. Dengarlah nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan yang boleh anda percaya. Jika anda tidak menyukai apa yang mereka katakan tentang dirinya dan anda cuba menidakkan nasihat mereka dengan mengatakan “Tapi kamu tidak mengerti” atau “Kamu tidak memahaminya” atau “Dia tidak seperti itu ...”, besar kemungkinan anda tersasar dan mereka benar.

Berwaspadalah dengan kekerasan dan ancaman yang dilakukan oleh lelaki pendera. Perilaku sebegini tidak boleh diterima sama sekali. Adakah dia pernah terdorong untuk memukul atau mengasari anda atau orang lain secara terang-terangan? Apakah dia pernah melemparkan sesuatu pada anda ketika dia marah? Adakah dia pernah mengancam (acan-acan) untuk melakukannya? Apakah dia secara fizikal mengancam dengan orang lain? Apakah dia menumbuk dinding, pintu atau objek lain?

Cubalah selidik sejarah tingkah lakunya. Jika dia pernah terlibat dalam banyak perkelahian dengan orang lain, anda akan megetahi bahawa dia seorang yang keras dan tidak mustahil seorang pendera. Ini adalah tanda-tanda yang paling jelas bagi seorang pendera.