orang yang lahir tahun tikus seorang yang menarik, mudah bergaul dan bersifat pemurah namun hanya pada orang-orang tertentu sahaja. mungkin kerana mahu ringkas dan cepat, mereka dikatakan agak pengotor (bukan semua). tidak suka berkemas. mereka juga tidak tahan sejuk walaupun untuk mandi pagi dan sukar menerima ubat-ubatan yang pahit. Pasangan yang sesuai ialah dari tahun lembu kerana orang dari tahun ini bersikap penyabar dan tenang dalam tindakan. lain-lain tahun ialah tahun anjing, monyet, naga dan khinzir.
Lembu
orang yang bernaung di bawah tahun lembu merupakan seorang yang rajin bekerja, merendah diri, praktikal dan boleh dipercayai sebagai pemimpin. mereka sesuai dijadikan sahabat malah kekasih kerana adanya sifat jujur dan ikhlas. percintaan memerlukan pengorbanan dan kesetiaan. walaupun mereka mempunyai ramai peminat namun sifat setia dan keluhuran hati mereka mengatasi segalanya. untuk mencari kebahagiaan dan sokongan padu, carilah orang di bawah tahun tikus, arnab, monyet, naga dan harimau. luahkan segala masalah kepada orang di bawah tahun harimau.
Harimau
orang yang lahir di bawah zodiak ini seorang yang berani, bersemanat tinggi dan penuh kasih sayang. tahun khinzir boleh mengawal mereka daripada bertindak melulu. mereka seorang penasihat yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri serta ringan tulang, mudah untuk meminta bantuan daripadanya. orang tahun monyet boleh menjadi pengawal yang baik.
Arnab
orang yang lahir pada tahun ini percaya kesucian cinta. tutur kata mereka lembut dan boleh menjadi teman sejati. seperti zahirnya yang nampak baik, begitulah isi hatinya namun kemarahannya sukar dikawal. mood mereka berubah dan secara tidak langsung penampilannya turut sama berubah. jika senang hati mereka menampakkan kegembiraannya, berselera makan, bergelak ketawa dan bergurau senda. namun jika hatinya tidak tenang, mereka menunjukkan sikap negatif seperti agak murung,tidak berselera dan menyendiri. mereka juga mahu menyelesaikan masalah mereka sendiri. mereka tahu mencari keuntungan sendiri. pandai bergaya, bersolek dan membawa diri ke mana saja. bersifat penyabar dan marahnya juga tidak berpanjangan. pasangan yang serasi dengan mereka adalah orang yang lahir tahun anjing, monyet, kambing dan arnab. jika berkahwin pada zodiak sama, kehidupan meeka diliputi kemewahan.
Kuda
orang yang lahir pada tahun kuda seorang yang menghiburkan. mereka bijak dan pantas berfikir. terdapat 3 pasangan yang sesuai iaitu harimau, kambing dan anjing. teman perbincangan yang baik adalah dari tahun naga, kuda dan ayam. mereka juga dikatakan mempunyai nafsu yang kuat dan sukar dikawal. mereka gemar menambah cerita untuk mendapat perhatian kawan-kawan supaya mereka disukai. namun begitu mereka tahan derita dan lali dengan hidup susah selain tabah menghadapi dugaan hidup. mereka boleh mencurahkan masalah kepada mereka yang bernaung di bawah tahun khinzir.
Anjing.
mereka yang lahir pada tahun ini seorang yang realistik, boleh dipercayai dan suka berterus-terang dalam banyak perkara. orang yang lahir tahun kuda akan tertarik kepada keikhlasan dan kebijaksanaan mereka. bukan itu saja, meeka sering memberi bantuan. tahun harimau boleh menjadi pilihan terbaik. tahun arnab pula mampu menjadi penasihat terbaik. tahun anjing mempunyai sifat suka mencurigai orang lain. dia sukar mempercayai orang lain dengan mudah namun tidak semestinya mereka berhati-hati. jika mereka sudah menemui seseorang yang benar-benar dicintainya, mereka akan setia. watak mereka agak degil, bermulut cabul dan bising. tambah pula jika marah, mereka akan semakin celupar dan keterlaluan. adakalanya suka mengungkit. dalam soal bersahabat, mereka boleh dibanggakan.
Kambing
mereka yang bernaung di bawah tahun ini seorang yang lemah-lembut. bicaranya lunak dan berfikiran kreatif. namun di sebalik perwatakan tersebut, mereka mempunyai jiwa yang keras. mereka mudah menerima kasih sayang daripada orang yang lahir tahun arnab dan khinzir. mereka boleh belajar daripada tahun monyet dan harimau. tahun naga menjadi sahabat seiring sejalan kepada mereka. sikap buruk mereka di waktu terdesak ialah suka mencuri barang milik orang lain. tetapi mereka akan mengaku kemudiannya. kejujuran tetap ada dalam jiwa. soal kewangan sentiasa tidak mencukupi. tidak sesuai bertemu zodiak yang sama kerana mungkin muflis. namun mereka akan bersifat pemurah bila kewangan dalam keadaan baik. paling dibenci orang yang suka bercakap besar dan kuat membebel. mereka mahu orang lain mempercayai cerita mereka walaupun cerita itu karut belaka.
Naga
selalunya mereka yang lahir pada tahun naga seorang yang bertenaga, sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dan bersemangat tinggi. ramai pula teman baik, lagi ramai musuhnya yang iri dengan keterampilannya. sifatnya memang pembengis namun mereka mudah bersimpati dengan orang lain dan penuh kasih sayang. namun jika tidak kena dengan lenggoknya, mereka cepat naik darah dan menjadi pendendam jika ada yang mencampuri urusannya. apa yang nyata, usah khianati mereka terutama mereka yang termakan budinya. orang ini sesuai dengan zodiak ayam, mungkin kerana sifat ayam yang setia. sentiasa mengharapkan sokongan daripada tahun tikus. mereka mempunyai idea yang sama dengan tahun harimau cuma tahun harimau lebih menonjol penampilannya. mereka lebih tertarik pada perwatakan tahun monyet yang bersifat pendendam sekaligus menjadi pelindung buat dirinya.
Ayam
mereka bijak, bersemangat tinggi dan tidak kenal erti penat. mereka juga rajin bekerja, tidak perlu disuruh namun adakalanya jika enggan membuat sesuatu perkara walaupun dipaksa sekalipun, tidak akan menjadi. takut nanti kita pula yang disuruhnya. tahun naga sesuai menjadi pendamping. begitu juga tahun ular dan ayam. mereka boleh mempelajari sesuatu daripada tahun monyet kerana mereka berpengalaman soal kehidupan ataupun kematian. mereka berkira sedikit soal kewangan. namun setiap yang memerlukan pertolongan, tidak akan dipandang sepi olehnya. mereka juga seorang yang kreatif dan teliti dalam melakukan sesuatu perkara. mereka tidak mudah lupa diri terutama kepada orang yang pernah menolongnya.
Khinzir
seorang yang pemurah, jujur, mudah percaya dan agak degil sedikit. pasangan paling sesuai adalah yang lahir tahun arnab dan boleh menjadi teman seiring sejalan. mereka boleh berkongsi minat mengenai benda-benda mahal dengan orang tahun kambing. mereka juga boleh bahagia dengan dengan orang yang lahir tahun tikus, kuda, ayam dan harimau. banyak belajar dari tahun monyet. mereka ramai peminat. kadangkala mendapat kesusahan kerana seseorang namun orang tersebut mendapat balasan setimpal atas kejahatannya sendiri. wataknya periang tetapi pada masa yang sama mudah merajuk dan menangis. watak bengis ada dalam jiwanya.
Monyet
mereka yang lahir tahun ini suka pada keseronokan dan bijak pemikirannya. orang yang lahir tahun naga akan membuatkan mereka gembira begitu juga tahun tikus, arnab, harimau dan khinzir. orang tahun ayam dan anjing boleh menjadikan mereka berfikiran kreatif dan mengamalkan cara hidup yang sederhana. mereka juga terpaksa bekerja keras untuk berjaya. nasib menyebelahi mereka jika terlibat dengan berniaga atau bekerja sebagai pasukan keselamatan atau berhubung dengan kepimpinan am. adakalanya kedekut dan mementingkan diri sendiri. sikap mereka yang mudah naik angin dan gemar pula memaksa orang lain melakukan perkara yang tidak digemari oleh orang tersebut. namun mereka mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu pemikiran yang tinggi dan fizikal yang sihat. penyakit angin kadang-kadang menyerang di otot menyebabkan mereka sakit punggung dan jantung berdebar-debar.
Ular
orang yang lahir pada tahun ular sentiasa berfikiran waras, lemah lembut dan cukup sensitif pada sesuatu keadaan. orang yang berzodiak lembu sentiasa mencurah kasih sayang. mereka sesuai berkahwin dengan orang yang bezodiak ayam. jika mempunyai zodiak yang sama, mereka perlu belajar untuk tidak terlalu cemburu atau kuat bergosip. mereka tidak begitu disukai oleh orang lain kerana menganggap mereka suka berbohong. namun hakikatnya bukan begitu.
No comments:
Post a Comment