bentuk gigi sebenarnya mampu menggambarkan peribadi seseorang individu..jom kita semak...
JARANG DAN KECIL
mereka suka menilai diri orang lain. pasti ada saja yang tidak kena di mata mereka. tapi yang tak bestnya, dia sibuk menilai orang lain tetapi tidak suka jika orang lain menilai dan mengkritik dirinya. dia juga sukar mengalah.
BERSAIZ SEDERHANA DAN RATA
seorang yang baik hati dan suka menolong. bak kata orang, ringan tulang. kalau ada yang meminta bantuan, pasti tidak akan dikecewakan. mereka ingin sentiasa membahagiakan orang lain.
BESAR DAN JARANG
bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. seorang yang keras kepala, dan suka memberontak sekiranya tidak diikut kemahuannya. mereka sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi.
JONGANG DAN KECIL
dia seorang yang boleh bertolak nasur dengan orang lain. keras kepalanya bertempat dan masih boleh dibawa berunding.
JONGANG DAN BESAR
bermulut agak celupar dan suka mengeluh serta tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha yang terbaik. selain itu mereka seorang yang agresif dan ringan tulang.
TIDAK TERSUSUN
mereka merupakan teman bicara yang memahami. tidak rugi bertemankan mereka kerana mereka sentiasa mendengar dan pandai memberi nasihat. mereka juga berpengetahuan luas biarkan sikap kebudak-budakkannya kadangkala melemaskan. mereka juga pandai mebahagiakan orang lain.
SEOLAH MASUK KE DALAM
seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. selalunya mereka bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul. mereka cukup pandai menyembunyikan rahsia kecuali pada orang ang benar-benar memiliki kepercayaan mereka.
KECIL DAN TERSUSUN
selalunya berwajah keanak-anakan. seorang yang suka menolong orang lain dan boleh dipercayai percakapan mereka. beruntung sesiapa yang meiliki kerana mereka kekasih yang hebat!
No comments:
Post a Comment