Pages

Wednesday, 20 February 2013

Belajar untuk Menghargai

Allah tak beri apa yang kita inginkan tetapi Allah beri apa yang kita perlukan…pernah terbaca?? Mesti pernah kan???....Alah itu Maha Mengetahui…Dia tau apa yang terbaik untuk hambaNya….
Kadang-kadang kita merasa kecewa, sedih, marah, pilu dan bermacam perasaan yang tidak “indah” apabila tidak mendapat apa yang kita inginkan…tapi sedarkah kita, yang diingini itu bukanlah memberi manfaat pun pada kita….tapi pada masa kita betul-betul menginginkannya, kita tidak Nampak pun di mana kekurangan, keburukannya..tapi setelah sekian lama, barulah kita sedar yang takdir Allah sebenarnya sungguh indah buat kita….
Kekecewaan yang paling SAKIT adalah kekecewaan apabila gagal memiliki orang kita sangat suka, sangat sayang dan sangat cinta….terasa hati bagai ditusuk-tusuk..sakit, pedih, ngilu…sehingga hendak menarik nafas pun terasa dadaseolah-olah dipalu….sesiapa yang pernah kecewa mungkin faham betapa SAKITnya perasaan kecewa tu….
Bila ini berlaku, kita hanya ada 2 pilihan, sama ada redha dan menerima takdir, ataupun memilih untuk mengikut kata hati yang kecewa…bagi yang redha dengan segala takdir Allah, Alhamdulillah….sebab kita kena yakin, pasti Allah sudah merancang sesuatu yang lebih baik dan lebih indah di masa hadapan…mungkin Allah sudah menetapkan seseorang yang akan membahagiakan kita melebihi daripada insan yang kita cintai pada masa sekarang….
Tetapi bagi yang membuat pilihan kedua, agak malang bagi mereka, kerana mereka menolak untuk takdir yang lebih baik, lebih cantik dan lebih indah yang Allah sudah tetapkan….mereka-mereka inilah yang sanggup merosakkan diri sendiri..sanggup untuk menamatkan riwayat diri sendiri untuk satu hal yang tidak berbaloi pun….alangkah malangnya….
Aku sendiri pernah mengalami situasi di mana harus memilih orang yang dicintai dan orang yang mencintai…keliru memang keliru, tapi teringat pesanan abah, untuk memilih pasangan hidup, pilihla dia yang mencintaimu, bukan dia yang kamu cintai..itu lebih baik..kerana orang yang mencintai kamu tidak akan sekali-kali melukakan perasaanmu, tidak akan sekali-kali sanggup menyakitimu, tidak akan sekali-kali bisa melihat airmatamu mengalir disebabkan dirinya…dia akan sanggup menjagamu dengan sebaik-baiknya dan sanggup berkorban apa saja untuk kamu…..
Tetapi sekiranya kamu memilih untuk dia yang kamu cintai, kamu yang perlu banyak berkorban dari semua segi semata-mata untuk membahagiakannya sehinggakan kebahagiaanmu sendiri dipinggirkan….bertuah sekiranya kamu memiliki orang yang kamu cintai dan dia juga mencintaimu……akhirnya aku memilih orang yang mencintai dan meninggalkan orang yang dicintai…Alhamdulilah….
Nah, sebenarnya bahagia itu kita mampu gapai jika kita buat pilihan yang betul…in shaa Allah….andai suatu hari nanti kita bertemu dengan seseorang yang benar-benar mencintai kita, belajarlah untuk menerima dirinya, belajarlah untuk mencintai kekurangannya, belajarlah menyukai kelebihan dirinya.. setiap insan Allah jadikan ada kelebihan dan kekurangannya…jangan kerana satu kekurangannya membuatkan kita membenci dirinya sedangkan banyak lagi kelebihannya yang mungkin akan membuat kita bahagia dan mungkin dapat menutup kekurangan diri kita…..hargailah dan cintailah siapa takdir untuk kita….semoga kita semua sentiasa diberi kebahagiaan dunia dan akhirat oleh Allah swt…aminn


 

No comments:

Post a Comment