Pages

Wednesday, 27 February 2013

Surat Untuk Ayah



seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini:

ayah,

saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wanbg. saya merasa malu dan sedih. saya ingin meminta wang sebanyak RM200 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. saya meminta dengan tulus ikhlas dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkanlah saya...

salam dari anakanda,
Sarip.

p/s: saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari peti surat. saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti akan

Jangan Bercakap Ketika Solat

pada suatu hari jumaat yang hening, Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pun makan tengahri di rumah. perjalanan ke masjid lebih kurang 10km jauhnya. Amat pun membayar tambang 50sen kepada konduktor hensem itu, lalu baki sekeping 50sen di simpan di dalam kocek baju melayunya. 

sesampai di masjid, Amat pun mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah penuh. setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat. Amat pun turut menunaikan solat jemaah itu...

semasa para jemaah rukuk termasuk Amat, tetibe duit syiling 50sen nya tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang yang di hadapannya. ...risau pulak si Amat memikirkan dia terpaksa jalan kaki balik ke rumah dalam keadaan cuaca yang panas berdenting itu...Amat pun berbisik kepada orang di hadapannya..."jangan amik duit aku tu, aku nak buat tambang balik nanti...."

Bentuk Gigi dan Sikap

bentuk gigi sebenarnya mampu menggambarkan peribadi seseorang individu..jom kita semak...


JARANG DAN KECIL
mereka suka menilai diri orang lain. pasti ada saja yang tidak kena di mata mereka. tapi yang tak bestnya, dia sibuk menilai orang lain tetapi tidak suka jika orang lain menilai dan mengkritik dirinya. dia juga sukar mengalah.

BERSAIZ SEDERHANA DAN RATA
seorang yang baik hati dan suka menolong. bak kata orang, ringan tulang. kalau ada yang meminta bantuan, pasti tidak akan dikecewakan. mereka ingin sentiasa membahagiakan orang lain.

BESAR DAN JARANG
bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. seorang yang keras kepala, dan suka memberontak sekiranya tidak diikut kemahuannya. mereka sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi.

Tuesday, 26 February 2013

Rahsia Diri Melalui Tempat Percutian

PULAU
Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.




BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Perwatakan Individu Melalui Tahun Kelahiran.

Tikus.
orang yang lahir tahun tikus seorang yang menarik, mudah bergaul dan bersifat pemurah namun hanya pada orang-orang tertentu sahaja. mungkin kerana mahu ringkas dan cepat, mereka dikatakan agak pengotor (bukan semua). tidak suka berkemas. mereka juga tidak tahan sejuk walaupun untuk mandi pagi dan sukar menerima ubat-ubatan yang pahit. Pasangan yang sesuai ialah dari tahun lembu kerana orang dari tahun ini bersikap penyabar dan tenang dalam tindakan. lain-lain tahun ialah tahun anjing, monyet, naga dan khinzir.


Lembu
orang yang bernaung di bawah tahun lembu merupakan seorang yang rajin bekerja, merendah diri, praktikal dan boleh dipercayai sebagai pemimpin. mereka sesuai dijadikan sahabat malah kekasih kerana adanya sifat jujur dan ikhlas. percintaan memerlukan pengorbanan dan kesetiaan. walaupun mereka mempunyai ramai peminat namun sifat setia dan keluhuran hati mereka mengatasi segalanya. untuk mencari kebahagiaan dan sokongan padu, carilah orang di bawah tahun tikus, arnab, monyet, naga dan harimau. luahkan segala masalah kepada orang di bawah tahun harimau.



Harimau
orang yang lahir di bawah zodiak ini seorang yang berani, bersemanat tinggi dan penuh kasih sayang. tahun khinzir boleh mengawal mereka daripada bertindak melulu. mereka seorang penasihat yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri serta ringan tulang, mudah untuk meminta bantuan daripadanya. orang tahun monyet boleh menjadi pengawal yang baik.

Thursday, 21 February 2013

Cara-cara nak Handle Hantu


Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dantarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak
pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.






Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Wednesday, 20 February 2013

Belajar untuk Menghargai

Allah tak beri apa yang kita inginkan tetapi Allah beri apa yang kita perlukan…pernah terbaca?? Mesti pernah kan???....Alah itu Maha Mengetahui…Dia tau apa yang terbaik untuk hambaNya….
Kadang-kadang kita merasa kecewa, sedih, marah, pilu dan bermacam perasaan yang tidak “indah” apabila tidak mendapat apa yang kita inginkan…tapi sedarkah kita, yang diingini itu bukanlah memberi manfaat pun pada kita….tapi pada masa kita betul-betul menginginkannya, kita tidak Nampak pun di mana kekurangan, keburukannya..tapi setelah sekian lama, barulah kita sedar yang takdir Allah sebenarnya sungguh indah buat kita….
Kekecewaan yang paling SAKIT adalah kekecewaan apabila gagal memiliki orang kita sangat suka, sangat sayang dan sangat cinta….terasa hati bagai ditusuk-tusuk..sakit, pedih, ngilu…sehingga hendak menarik nafas pun terasa dadaseolah-olah dipalu….sesiapa yang pernah kecewa mungkin faham betapa SAKITnya perasaan kecewa tu….
Bila ini berlaku, kita hanya ada 2 pilihan, sama ada redha dan menerima takdir, ataupun memilih untuk mengikut kata hati yang kecewa…bagi yang redha dengan segala takdir Allah, Alhamdulillah….sebab kita kena yakin, pasti Allah sudah merancang sesuatu yang lebih baik dan lebih indah di masa hadapan…mungkin Allah sudah menetapkan seseorang yang akan membahagiakan kita melebihi daripada insan yang kita cintai pada masa sekarang….

Tuesday, 19 February 2013

Sayangilah Siapa Takdir Buat Kita


Kita hairan, begitu ramai cinta indah yang menyapa, dia seakan kuat punya nafas cinta buat kita. Marah,senyum, ketawa dan duka, kita tetap seakan terpegun akan hakikat dan takdir bahawa tenangnya kita bila dia hadir dalam kehidupan.

Kadang kala jodoh itu amat unik sekali. Unik kerana ketika kecil, remaja dan dewasa kita tidak pernah tahu siapa yang menjadi bayang yang menyambut bahagia milik kita, juga bahagia milik dia. Kita rasakan bahawa kadang kala juga amat lelah kita menatap akan semua kemungkinan yang tiba.

Tapi kita tetap sayang dia. Walau kuat cemburunya, walau kuat soal jawab bertalu tentang segala dan walau sukar amat dia membicarakan tentang hatinya pada kita dikhalayak, namun kita tetap sayang dia. Dia tetap payung yang menahan basah dan gerimis yang melanda.

Saat Melepaskan Orang Yang Kita Sayang

Setiap orang mempunyai pengalaman dalam bercinta
Bercinta dan berpisah
“Aduhh sakitnya”
Tak semua orang boleh terima perpisahan
Kadangkala merasa serik untuk mencintai orang lain kerana terlalu sayangkan kekasih lama
Perpisahan itu menyakitkan
Menyintai itu adalah kebahagiaan

Namun
Bila kita berfikir secara positif
Sebenarnya
Mencintai itu lebih menyakitkan dari melepaskan cinta
Kerana
Bila kita mencintai seseorang
Lebih-lebih lagi disaat-saat hubungan dalam keretakkan
Sebelah pihak pasti akan terluka
Menunggu masa melafazkan ”PERPISAHAN”

Punch Card

sebuah kisah yang dipetik dari email...sama2 kita ambil iktibar dari kisah ini....


korang biasa dengar dan tau benda nih kan? dan korang biasa meminta kawan2 tolong punch kalo korang lewat sampai ofis kan? Atau kalo korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos then create alasan kenapa merah.. kalo ade alasan munasabah macam traffic jam ke bole la kot.. tp kalo korang bangun lambat? Takkan nak bg alasan tuh kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat opis..                                                     
                                                                   
TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalo mintak tolong punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh..       
   

Cinta Seorang Suami


Based on True Story..



Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka  berkahwin sudah lebih 32 tahun


Mereka dikurniakan 4 orang anak .......disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.


Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.


Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,

sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuap isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.


Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.