hmmm...hari ni nak berkongsi petua bagaimana untuk mendapatkan suami yang penyabar..takut jugak tengok kes-kes keganasan rumahtangga sekarang ni....yang selalu menjadi mangsa adalah golongan wanita....kesian kann?? sepatutnya kaum wanita dilindungi dan disayangi, bukannya di sepak terajang, ditengking sesuka hati....
Jadi, sebagai wanita, tak salah untuk kita memilih pasangan yang terbaik untuk kita, yang boleh menjaga kita, membimbing kita dan menyayangi kita hingga ke akhir hayat...tak perlu memandang pada rupa paras yang kacak, kerana kekacakan akan luntur selari dengan peredaran masa...tak perlu mencari yang kaya kerana kekayaan tidak membuat hati kita bahagia andai setiap hari ditengking dan dikasari....tapi carilah seseorang yang mampu membuatkan mata dan hati kita tenang saat bersamanya.....biar susah asal bahagia daripada kaya tetapi menderita...
ok, panjang plak melalutnya....di bawah ni ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mencari suami yang penyabar...insyaallah....
1. Anda boleh kenal dari dia yang sanggup menunggu anda. Cuba lihat muka dia. Kalau orang panas baran, memang dia tidak boleh tahan menunggu. Lelaki yang sabar boleh menunggu. Tetapi janganlah terlalu lama pula.
2. Jarang lelaki atau orang panas baran dapat sembunyikan amarahnya. Lelaki penyabar tidak cepat bosan dan sabar orangnya.
3. Anda boleh uji dia dengan membawa anak saudara anda terutamanya budak-budak lelaki. Cuba perhatikan samada dia sanggup melayan budak-budak lasak. Jarang sekali orang lelaki yang panas baran rajin atau sanggup melayan kerenah budak-budak.
Sikap ini selalu orang terlepas pandang.
4. Selalunya lelaki penyabar tidak kuat cemburunya. Lelaki panas baran boleh dikatakan mempunyai sifat cemburu yang keterlaluan. Cemburunya kadangkala mengarut. Janganlah anda perasan yang kononnya dia terlalu sayang pada anda. Berhati-hatilah dengan lelaki jenis ini.
5. Perhatikan cara percakapannnya. Adakah dia suka meninggikan suara apabila bercakap dengan anda, terutamanya apabila berlaku perselisihan faham di antara kamu. Orang yang panas baran jarang dapat menahan diri daripada menengking anda walaupun atas kesilapan yang kecil sahaja. apatah lagi anda dan dia baru saja kenal. Sekiranya dia berani meninggikan suara pada anda tanpa sebab yang munasabah, tinggalkanlah dia sebelum dia bertindak lebih jauh lagi.
hmmm, setakat tu saja dulu....mungkin ada lagi tips-tips lain yang terlupa untuk dimasukkan dalan entri ni....harap ia dapat menjadi panduan pada kita dalam mencari pasangan hidup...okbai!
No comments:
Post a Comment