Wednesday, 15 August 2012
Personaliti Virgo (24 Ogos - 23 Sept)
Personaliti Virgo
kamu yang dilahirkan di bawah lambang anak dara sukakan hasil kerja yang sempurna, mengutamakan kecantikan diri, bersidiplin, manja, praktikal, pemurah dan sedia membantu teman-teman yang berada dalam kesusahan. biasanya kamu sentiasa bersikap tenang dan serius, tetapi agak kolot sedikit. dari segi persahabatan pula, kamu tidak suka menunjuk-nunjuk bahawa kamulah teman yang boleh dipercayai. tetapi kamu adalah seorang teman yang bertanggungjawap. kamu suka belajar tentang sebarang jenis kerja asalkan ada ganjaran dalam bentuk wang. oleh sebab itu kamu tekun, cekap dan sentiasa produktif sebagai ganjaran atas sikap kamu itu. orang virgo mudah mendapat wang, tetapi kamu bukan pemboros. sebaliknya kamu suka menyimpan. jika terbabit dalam sebarang pelaburan, ada baiknya kamu berhati-hati kerana risikonya tinggi. selain itu, virgo bersedia menghulurkan bantuan kewangan kepada teman-teman yang memerlukan. jika ada sedikit masalah, kamu lebih senang berkurung atau menyendiri di rumah. kamu juga sukakan kanak-kanak tetapi agak tegas. rumah orang virgo sentiasa kemas, bersih dan teratur. perlu diingat, jika kamu berada di rumah virgo, jangan sesekali kamu cuba membuat sepah atau mengalih susunan perabotnya.
kelebihan dan Kelemahan Virgo
kamu akan mencapai kejayaan dalam kerjaya ataupun pelajaran apabila dapat memperlihatkan ilmu dan kemahiran yang dapat difahami oleh orang lain. ini bermakna, orang virgo perlu mengembangkan bakat pertuturan apabila berkomuniaksi dengan orang lain. virgo begitu aktif dalam menjalankan tugas harian. orang virgo adakalanya terlalu bimbang, cerewet, berpandangan sempit, pemalu, suka merungut, sering tidak mengaku salah dan ada ciri mengkritik. selain itu kamu juga suka menyimpan masalah dan membesarkan masalah yang kecil. ini menyebabkan kamu mudah diserang stress dan sakit perut. kamu juga bercita-cita tinggi dan berjaya dalam hidup. namun dalam mengejar cita-cita tersebut kamu sering mengabaikan kesihatan. kehidupan kamu memang seronok tetapi kamu perlu tahu bahawa ada masanya kita perlu rileks.
Percintaan Gadis Virgo
dari segi pergaulan yang membuahkan cinta, kamu mungkin tidak romantik tetapi kamu dapat menjadi seorang kekasih yang hangat. sekiranya kamu tertarik apda seseorang, kamu tidak akan terburo-buru untuk memikatnya. sebaliknya kamu mengamati dan meneliti terlebih dahulu sebelum melahirkan apa yang sebenarnya tersirat di lubuk hatimu. lelaki cancer adalah kekasih yang baik bagi virgo. sikap cancer yang tidak tetrlalu cemburu membuatkan kamu ceria dan selesa. selain itu kerana agak manja, gadis virgo lebih sensitif. ini menyebabkan sebaran masalah biarpun kecil dianggap besar olehmu. sesetengah gadis virgo bersikap penyayang tetapi sebahagian lagi terlalu penyegan.
Percintaan jejaka virgo
lelaki yang dilahirkan di bawah zodiak virgo ini sangat berhati-hati terhadap gadis yang ingin mendekatinya. kamu memiliki citarasa moral yang tinggi dan tidak biasa mempunyai lebih daripada seorang pasangan pada satu masa. kamu hanya memilih pasangan yang cantik dan bijak. selain itu, kamu tidak suka mendengar nasihat pasangan tentang cara menjaga kesihatanmu. lelaki virgo gemarkan kanak-kanak tetapi agak tegas, lantaran kamu bercita-cita menjadikan mereka anak-anak yang bermoral dan berdikari apabila dewasa nanti. gadis sagitarius bukanlah pasangan yang sesuai kerana sagi mementingkan kebebasan sedankan kamu cenderung untuk merancang sesuatu dalam hidup dengan teliti. begitu juga dengan mengungkapkan rasa cinta, gadis sagitarius lebih terbuka dalam meluahkan rasa cintanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
to tulip biru:follow my blog...
ReplyDelete: myblogismys.blogspot.com
owh..seronok dapat tahu pasal gadis virgo..sebab saya pun adlh slh seorang gadis virgo ^_^