wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang asyik membancuh simen. melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerjanya. tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan memasukkannya kedalam poket. dia menyambung semula kerjanya..
tinggg..!!
sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. tiada sesiapa yang berdekatan dengannya. sekali lagi, dia terus mengambil syiling itu dan menyimpannya dalam kocek.
tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling yang berdekatan dengannya. pun sama, sia mengambil lalu menyimpannya.."rezeki aku!"..kata lelaki itu dalam hati..
lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya yang berada di aras lapan, bangunan separuh siap yang mereka sedang bina itu. sebenarnya ketuanya mahu memanggilnya. ada pesanan yang mahu disampaikan ketuanya. puas ketuanya menjerit daripada arasa 8, cuba memanggil lelaki itu yang berada di aras paling bawah.
namun jeritannya tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. dek kerana itulah, ketuanya mencampakkan wang syiling dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum mendongakkan kepalanya ke atas.
lantas ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai aras 8 itu. satu persatu batu kecil itu di baling ke bawah.
beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi.
barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesannya.
kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Sang Pencipta. tanpa kita sedar, Allah sering menjatuhkan syiling, lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak ke[ada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberianNya tanpa mengucapkan terima kasih.
seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling itu tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman menyakitkan.
dan setelah kita merasa kesakitan, barulah kita mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Sang Pencipta kita...
petikan:Mastika Ogos 2012.
No comments:
Post a Comment