Pages

Monday, 9 July 2012

Personaliti Cancer (22 Jun - 22 Julai)



Personaliti Cancer
mereka yang dilahirkan di bawah zodiak cancer merupakan seorang yang berpemdirian tegas dan suka bermuka-muka terhadap kejayaannya. di samping itu juga, cancer selalu bersikap angkuh dan tidak boleh ditegur. kamu anggap apa yang kamu buat semuanya betul. cancer juga tidak suka orang mempersoalkan tentang dirinya. namun setiap kerja yang dilakukan akan dibuat dengan penuh perasaan dan tekun sehingga ia mendatangkan hasil yang memuaskan. dalam pergaulan, kamu seorang yang setia dan penyayang tetapi agak sensitif. cancer gemar bekerja dengan kanak-kanak dan ramai di antara kamu menjadi pendidik dan guru yang dedikasi. kamu juga rapat dengan keluarga terutamanya ibu. walaupun kamu menyayangi keluarga, tetapi ibu diutamakan. kalau boleh semua permintaan ibu kamu tunaikan. faktor inilah yang menyebabkan kamu disayangi, tambahan pula kamu begitu mengambil berat masalah keluarga. setiap masalah yang menimpa keluarga, kamu akan cuba menyelesaikan secepat mungkin. demi cinta cancer sanggup mengorbankan apa sahaja. seorang yang patuh pada ketua di tempat kerja.

Kelebihan dan Kelemahan Cancer
cancer lebih mengutamakan keluarganya berbanding hal-hal lain. kamu juga sensitif, lembut dan sangat penyayang. dari segi kewangan, cancer kerap memperolehi tuah ataupun keuntungan menerusi perniagaan keluarga. untuk memantapkan kedudukan kewangan, kamu perlu memperbaiki diri, misalnya mengurangi rasa murung dan meningkatkan kestabilan diri. di samping itu kamu lebih menggunakan idea dari emosi. jarang sekali kamu mengikut kata hati dalam menentukan jalan hidup dan sentiasa mencari kesempurnaan dalam semua perkara. sebagai seorang yang setia dan pemurah, kamu mengharapkan sesuatu yang sama dari temanmu. kamu cukup anti pada ketidakadilan dan sanggup berjuang untuk menegakkan kebenaran.

Percintaan Gadis Cancer
jejaka yang matang adalah pasangan yang paling idela buat gadis cancer. kamu memerlukan banyak ruang dan kebebasan. jadi tidak hairanlah ramai gadis Cancer yang putus cinta. bagaimanapun, kesetiaan akan dipertahankan apabila Cancer bertemu pasangan sejatinya. pasangan paling serasi buatmu adalah jejaka Virgo dan Scorpio kerana mereka lebih memahami sifatmu yang agak kompleks itu. bersamanya kamu akan berasa lebih tenang. sikapnya yang matang dan keperibadiannya yang tinggi membuatmu berasa terlindung. tapi kamu ni mata duitan sedikit. kamu sentiasa mahukan pasangan yang berwang.

Percintaan Jejaka Cancer
meskipun jejaka cancer tergolong sebagai seorang yang kedekut tetapi bla berhadapan dengan kanak-kanak atau orang susah, sikap kedekut itu akan hilang sama sekali. kamu sanggup mengeluarkan belanja semata-mata untuk menghiburkan hati kanak-kanak atau orang yang ditimpa kesusahan. jangan tidak tahu, menjerit adalah salah satu cara jejaka cancer melepaskan keresahan hati. kerap terjadi pertengkaran dalan perhubungan kerana kamu suka membuat peraturan sendiri. cubalan tunjukkan aksih sayang dan cinta itu dengan ikhlas. selain itu, kebanyakan jejaka cancer kurang berminat untuk menikmati kehidupan berkeluarga. jadi tidak hairan ramai jejaka cancer lambat kahwin.

No comments:

Post a Comment