satu demi satu fail aku keluarkan, susun-susun surat, memo, minit mesyuarat dan segala mak nenek dokumen..mana yang patut simpan, aku simpan, mana yang dah mencapai tarikh luput, aku buang...nak simpan pun xde motif gak....
pastu aku capai pulak kotak misteri..cewahhh...ntah hapa la aku letak dalam kotak tu, lama dah tersadai elok je kat dalam locker....bukak je, mak oiii....apa kejadahnya semua ini??..hahha....rupa-rupanya bermacam-macam harta karun aku sumbat dalam tu...hurm,,..satu-satu aku keluarkan..ada CD, kad-kad raya lama, kerongsang, jam tangan, surat-surat cinta ...cewaahhh dan segala macam benda lagi...ah haaa....best jugak ni bongkar isi kotak ni!!!....
bongkar punya bongkar, terjumpa plak frame gambar yang mengandungi gambar seseorang yang sedang tersenyum..halamakkk,...ni gambar seorang "kawan rapat" aku ni...hahah.. tetibe teringat lak kat mamat tu, lama dah aku lupa pasal dia...rupa-rupanya aku kuburkan segala khazanah berkaitan dengan mamat tu dalam kotak ni, patutla aku terlupa terus pasal dia, rupanya kenangan dia aku sumbat dalam kotak ni...bagus betol la kotak ni..bleh wat tempat membuang segala kenangan... cececeyyy
aku bongkar lagi..banyak rupanya hadiah pemberian dia yang aku masih simpan...ada CD lagu jiwang2 (aku tak penah dengar pun, tgk cover CD ada bunga2, halamakkk..geli pulak nk layann!)..ada seutas jam tangan yang aku tak pernah pakai pun, tengok jam tu pun dah habis nyawa dah, lama sangat tersimpan...ada beberapa kotak pen Parker..mamat ni suka sangat bagi hadiah pen..padahal dia pun tau aku bukan suka sangat menulis...takpe2, aku simpan lah kan, dah orang dah bagi...nak buang, tak tergamak rasanya..cantik pulak tu pen-pen dia bagi...
belek punya belek..hurmm, jumpa plak kerongsang, gelang mutiara, buku-buku agama, music box dan surat-surat pemberian dia...banyak jugak surat-surat dia aku simpan...aku baca balik surat-surat tu,, sampailah surat terakhir yang dia bagi sebelum dia pergi..,tetibe rasa sedih pulak kannn....terkenang balik waktu dulu!! dia paling suka bagi coklat Cadbury..bleh kata hari-hari ada je coklat yang dia bagi aku....sampai naik muak makan coklat...alasan dia, coklat bleh membuatkan seseorang menjadi gembira dan menghilangkan stress...cewahhh, macamlah aku ni hari-hari moyok, hari-hari stress..haha, tapi xpelah, dah orang bagi, takkan nak buang...errr, tapi kekadang aku buang jugak, tak pun aku bagi kat kawan-kawan...errr, tanpa pengetahuan beliau lahhh....kalau dia tau, mau kecik ati pulakkk....disebabkan itu, sampai sekarang, kalau boleh aku elakkan makan coklat Cadbury supaya aku tak teringatkan dia lagi....sakit jugak sebenarnya nak lupakan seseorang yang pernah "rapat" dengan kita walaupun aku yang buat keputusan untuk berpisah!
setelah puas bongkar, akhirnya aku amik keputusan, aku nak BUANG pemberian dia tu...aku nak simpan buat apa lagi kann??...aku dah ada kehidupan sendiri, dia pun dah menemui seseorang dan bahagia dengan kehidupan dia...aku cuma simpan pen-pen dan juga buku-buku agama pemberian dia..sayang juga nak buang buku-buku tu, yang lain semua aku buang termasuk gambar dia,..aku dah tak mahu lagi mengingati rupa dia...bukan sebab dia jahat ke teruk ke apa...dalam kes aku dan dia, aku yang jahat, aku yang teruk, aku yang menzalimi dia....huhuhu...
No comments:
Post a Comment