Pages

Monday, 9 July 2012

Bersyukurlah

Assalamualaikum..

agak lama juga aku tak jenguk kat sini, di samping takde mood, kekangan masa juga menjadi faktor....hurmmm...aku pun tak tau nak tulis pasal apa ni...cuma masa rehat tadi, aku terlihat gambar ni..



terus hati ni rasa sebak..nak menitik airmata aku...Ya Allah..perasaan simpati dan sayu meruntun-runtun...betapa masih ada insan yang hidup dalam keadaan sukar dan susah....terpaksa melelapkan mata beralaskan lantai konkrit yang keras dan berdebu....

di saat kita tidur beralaskan tilam yang tebal, empuk, berselimutkan comforter yang tebal, kita terlupa bahawa ramai lagi yang terpaksa tidur beralaskan tanah dan berbumbungkan langit....itu pun kadangkala kita masih merungut-rungut mengatakan tidak dapat tidur kerana tak selesa....
Di saat kita dapat makan makanan yang sedap-sedap, kita terlupa bahawa masih ada insan yang terpaksa memakan sisa-sisa makanan orang lain ataupun memakan apa saja yang ada tanpa menghiraukan sedap atau pun tidak semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup....itu pun kadangkala kita masih merungut-rungut mengatakan mengatakan makanan yang dimakan tidak menepati selera, tak sedap dan akhirnya kita buang kerana tidak memenuhi citarasa kita.....

Di saat kita tinggal di dalam rumah yang lengkap dan cantik, kita terlupa masih ramai yang terpaksa menumpang di bawah-bawah jambatan dan hidup di pondok-pondok yang hampir menyembah bumi disebabkan tiada pilihan lain....itu pun kadangkala kita masih merungut ingin tinggal di kediaman yang lebih selesa dan besar umpama istana.....

Di saat kita mampu untuk memiliki dan menaiki kereta yang baru dan selesa, kita terlupa masih ada insan yang tidak mampu untuk memiliki apa pun kenderaan hatta semurah-murah basikal....itu pun kadangkala kita merungut-rungut ingin kan kereta yang mewah-mewah seperti anak raja....

Di saat kita mampu untuk membeli dan memakai pakaian dan barangan berjenama, kita terlupa masih ada insan yang terpaksa memakai apa saja pakaian yang ada walaupun pakaian itu selayaknya menjadi kain buruk...itu pun kita masih merungut-rungut ingin memiliki pakaian yang lebih berjenama semata-mata untuk nampak lebih bergaya di depan orang lain.....

Di saat kita mempunyai fizikal dan rupa paras yang elok, kita terlupa masiha da insan yang Allah jadikan tidak sempurna sifatnya, cacat dan serba kekurangan,...itu pun kita masih merungut-rungut mengatakan diri kita tak cantik,..sehingga kita sanggup mengubah ciptaan Allah dengan pelbagai cara...

Betapa tidak bersyukurnya kita dengan apa yang kita perolehi..tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak pernah berterima kasih atas segala kurniaan Allah...

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMU yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Kau berikan....aminnnnn



No comments:

Post a Comment