Pengalaman
ini aku lalui ketika menghadiri satu kursus di Kuala Lumpur..aku bukan nak kongsi
pengalaman berkaitan dengan kursus tetapi satu peristiwa yang terjadi di depan
mataku ketika aku dalam perjalanan ke hotel penginapan….mungkin bagi orang lain
peristiwa macam tu biasa saja tapi bagi aku, ia meninggalkan kesan yang mendalam
dalam diri aku sehingga ke hari ini…..
Kisahnya bermula
ketika aku mula-mula sampai di TBS..hari Ahad, setelah turun daripada bas
ekspress, aku bergegas ke stesen lrt memandangkan hari dah mula petang dan aku
telah berjanji akan bertemu rakan di stesen Bandaraya untuk ke hotel penginapan
yang terletak berhampiran dengan Maju Junction. Ketika menunggu lrt, orang mula
membanjiri untuk sama-sama menggunakan perkhidmatan tersebut..mataku tiba-tiba
“tertangkap” kelibat ibu bersama anak kecik yang aku andaikan dalam usia 8
tahun barangkali…si anak memimpin tangan ibu (aku agak dalam ligkungan awal 40
an) sambil menggoyang-goyangkan botol air mineral lama di tangannya..mula-mula
aku buat tak tau je, tetapi bila si ibu berpaling padaku, si ibu rupanya BUTA…aku
memerhatikan saja gelagat kedua beranak itu…si ibu mmg bergantung 100% harapan
pada si anak untuk membawanya ke destinasi yang tidak ku ketahui..aku mula
risau….
Orang ramai
makin memenuhi tempat itu..kedua beranak itu makin tertolak dan tertolak ke
belakang..apalah kudrat seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun untuk
melawan kekuatan orang ramai yang semakin sesak…aku terus mendekatkan diriku ke
arah mereka, cuba dan terus mencuba untuk berdiri sehampir yang mungkin dengan
si ibu..
Sejurus lrt
tiba, dalam keadaan bersesak-sesak, aku terus sambar tangan si ibu dengan
tangan kananku dan si anak dengan tangan kiriku lalu mendorong mereka masuk ke
dalam train yang agak sesak…Alhamdulillah ada seat yang masih kosong..ku pimpin
kedua2 nya ke arah seat tersebut…”terima kasih dik tolong akak dan anak akak
ni” ujarnya sambil menggenggam dan mengusap-usap tanganku….aku berdiri dan
terus memerhatikan ke arah mereka semasa train sedang bergerak laju…tangan si
anak terus melingkari lengan ibunya sambil terus menggoyang-goyangkan botol
airnya....ku perhatikan kedua-duanya..si ibu dengan baju yang agak lusuh dan
bertudung labuh, membimbit beg yang agak besar, mungkin berisi telekung
sembahyang barangkali dan si anak dengan sepasang baju dan seluar jeans dan
berselipar sambil matanya tersenyum memandang ke arah ku…”terima kasih
kakak”..tuturnya tersenyum…..aku membalas senyumnya….usianya lebih kurang
dengan usia anakkku yang sulung….tapi aku tak tahu, adakah aku boleh mengharap
pada anakku jika aku yang berada dalam situasi begitu??
....dalam
hati berbisik “Maha Suci Allah, kekurangan kakak itu Allah tampung dengan
kehadiran anak kecil yang menjadi “mata” kepada ibunya…sungguh besar rahmatMu,
walaupun sekecil itu, tapi anak itu boleh menjadi tempat untuk ibu bergantung
harapan membawanya ke destinasi yang ditujui di tengah-tengah kota yang sesak
dan hiruk pikuk ini..Maha Suci Allah”….airmataku bergenang sayu……..
Mulut kecil
itu terkumat kamit memberitahu ibunya stesen-stesen yang telah dilewati..tiba
di stesen Hang Tuah, si anak terus memimpin ibunya keluar dari train dan terus
menghilang di celah-celah hiruk pikuk warga kota……semoga Allah melindungi dan
merahmati keluarga mereka…aminnnnn…
No comments:
Post a Comment