Aku nak kongsi kisah-kisah yang boleh buat aku ketawa sensorang tiap kali membacanya...jommmmm...
Kisah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku agak
besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik
motor kapcai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku
duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua
kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk
tengah jalan sambil terkangkang, Semua orang tengok aku, cinabing, macam
sami buddha duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan.
lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.
Kisah Kedua.
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light
dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan
kedua-dua kaki dan berdiri sikit selok poket nak ambil lighter dalam poket
seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan
meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit nak ambil lighter di trafic
light. Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkangkang sorang sorang
dilampu isyarat,macam ape entah..gelak pulak tu dia orang.
Kisah ketiga.
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor
buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah
kire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu leh awek2
sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.
Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka,
ader motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah
berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang,
motor aku pun ter langgar lubang tu, nasib baik tak jatuh, Aku memang ler tak
jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye
mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang
jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil
malu tak boleh nak cakap depan awek2 tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku,
terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler
motor sampai rumah. Lepas tu tak mau ngurat lagi
No comments:
Post a Comment