Pages

Wednesday, 2 January 2013

Bantulah Gaza


Tersentuh hati membaca kisah-kisah tentang keadaan di Gaza…melihat gambar rumah-rumah, pejabat dan juga sekolah-sekolah dibedil oleh tentera Israel, melihat insan-insan yang lemah, naïf termasuk kanak-kanak menjadi mangsa kerakusan peluru dan bom-bom yang dilontar oleh Israel, mengucap panjang dibuatnya…..hati tertanya-tanya…Subhanallah..kenapa begini nasib mereka???...

 
Namun apa yang membanggakan, mereka sesekali tidak gentar terhadap serangan Israel malah berjuang bermati-matian menentang kezaliman…anak-anak kecil dididik untuk berjiwa berani..kenal erti perjuangan menegakkan Islam…tau erti syurga,,bila ditanya pada anak-anak yang telah kehilangan ibu ayah atau ahli keluarga, dimana mereka?? Dengan penuh yakin meraka menjawab..”ayah/ibu/ saudara mereka berada di syurga”!! Mereka bangga jika gugur sebagai syahid…Subhanallah…sangat jauh bezanya jika dibandingkan dengan anak-anak di Negara kita….mereka disana membesar dengan kalimah zikrullah yang meniti di bibir-bibir kecil mereka memuji Allah, tapi anak-anak kita disini?? Rasanya kita lebih menghafal lirik-lirik lagu dari penyanyi tempatan dan juga barat!

Bantulah setakat mana yang termampu…jangan kerana kita berada di negara yang aman damai, kita merasakan tak perlu untuk membantu mereka…mereka saudara kita….mereka perlukan bantuan kita…kalau kita tak mampu untuk bersama-sama berjihad fisabilillah di sana, apa salahnya kita hulurkan sedikit sumbangan dalam bentuk kewangan..tak perlu mencecah ribuan ringgit, hulurkan mengikut kemampuan kita…
Sesungguhnya malaikat mencatat pahala kita bukan dari segi banyak atau sedikit sumbangan yang dihulur, tetapi sejauh mana keikhlasan hati kita dalam menghulur……tangan yang memberi jauh lebih baik daripada tangan yang menerima…bantulah mereka…..

No comments:

Post a Comment