Pages

Wednesday, 2 January 2013

Antara Cinta Sayang Suka dan Minat

Berbicara tentang hati dan perasaan memang sukar..walaupun berbicara tentang hati sendiri, kita kadangkala tidak dapat membezakan sama ada kita suka, minat, sayang ataupun jatuh cinta dengan seseorang....

pernah kita rasa begitu rindukan seseorang..begitu memikirkan tentang dirinya..tapi pada masa yang sama kita rasa si dia yang kita rindukan itu tak bermakna apa-apa pun buat diri kita...apa maknanya tu???....adakah kita mencintai dia?? ataupun cuma sayang? atau hanya sekadar menyukainya saja???..mungkin kita teringatkan dia saat kita kesepian...di saat kita bergembira, si dia terus luput di ingatan....

apa-apa pun, jom kita semak, apa perasaan kita sebenarnya terhadap si dia.......

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu …(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.)

Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu …betul ke?


No comments:

Post a Comment