Friday, 9 November 2012
Personaliti Scorpio
Personaliti Scorpio
scorpio melambangkan seseorang yang berkeperibadian tinggi. kamu tetap tegas dengan pendirian sendiri. ini sudah memberi kesukaran kepada orang lain untuk menghargai atau menilai kerja atau perkara yang kamu lakukan. kamu tidak takut sekiranya kamu diketepikan. biar teman-teman mengasingkan diri dari kamu, namun apa yang penting bagi kamu adalah tanggungjawab. kamu tahu apa yang diperlukan semasa hidup. bagimu, masa itu emas dan kamu tidak akan membiarkan setiap peluang yang ada berlalu begitu sahaja. orang scorpio menganggap hidup ini penuh dengan persaingan, tetapi untuk mengalah jauh sekali.
kamu mempunyai cara untuk mengatasi setiap masalah yang dihadapi. selain itu, kamu juga merupakan golongan yang tidak tahu menjaga hati orang lain dan bukan kaki mengampu. kebanyakan orang sukar untuk memahami personaliti scorpio. cara hidup kamu agak berlainan. sewaktu membuat kerja kamu lebih suka bersendirian kerana ia akan lebih memberi konsentrasi. dalam perhubungan sosial, orang scorpio dikatakan menunjukkan minat terhadap seks. oleh itu tidak hairanlah sekiranya kamu sentiasa mencari pasangan hidup yang mempunyai satu keistimewaan di matamu.
Kelebihan dan Kelemahan Scorpio
orang scorpio bersifat mata keranjang. kemungkinan kamu mempunyai banyak hubungan sulit sebelum mengakhiri zaman bujang. biasanya pada setiap hubungan, kamu begitu romantik dan menunjukkan kejujuran. kamu tidak suka memutar belitkan kata-kata apabila menyebut tentang cinta. setelah mendengar latar belakang seseorang yang disukai, kamu akan terus bertindak sepertimana yang kamu rasakan okey. scorpio pandai mengambil hati teman-teman. apa juga cara kamu akan tetap memastikan hubungan berjalan lancar. si dia yang menjadi pilihan kamu mestilah pandai mengambil hati orang kerana scorpio terkenal dengan sifat cemburu. pasangan yang sesuai adalah mereka yang dapat memahami tingkahlakumu.
Percintaan Gadis Scorpio
gadis scorpio terkenal dengan sifat manja. ketika berdampingan dengan si dia, kamu begitu pandai mengawal diri sehingga menimbulkan cemburu di hati temanmu untuk melepaskan kamu pergi kemana-mana.namun kamu sentiasa bersikap jujur dalam soal hubungan cinta. kamu akan sehidup semati dengan lelaki yang kamu rasakan paling sesuai denganmu. dalam menghadapi krisis tertentu, kamu tidak suka sama sekali jika si dia dipermainkan. kamu akan berusaha sedaya upaya untuk memberi sokongan moral padanya. gadis scorpio tidak suka menonjolkan kemampuan diri. bagi kamu, penonjolan tidak memberi sebarang faedah.
Percintaan Jejaka Scorpio.
lelaki scorpio begitu popular dikalangan para gadis kerana mereka mempunyai gaya tersendiri yang mempesonakan. biasanya lelaki scorpio bersikap jujur dan pengasih terhadap pasangan yang benar-benar dicintainya. sikap pandai mengambil hati itu membuatkan gadis yang mendampingimu berada dalam keadaan paling selamat dan membahagiakan. biasanya hubungan seperti ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. tetapi awas! lelaki scorpio akan sentiasa menyimpan curiga walaupun perkara yang telah menyinggung perasaannya telah lama berlalu. Jika gadis itu perlu ditinggalkan, kamu tidak takut untuk berbuat demikian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huhuhuhu, aku wanita scorpio.... itu lah aku
ReplyDelete