Pages

Friday, 9 November 2012

Laman Sosial

Kewujudan laman-laman sosial di internet sekarang begitu pesat sehinggakan aku sendiri tidak dapat mengikuti perkembangannya…facebook,tagged, myspace, twitter, friendster, hamster..opsss!..dan banyak lagi lah sebenarnya…aku je yang tak tahu….walaupun begitu, aku miliki juga akaun facebook, sekadar untuk mencari kawan-kawan lama..kalau dulu, bertanya khabar hanya melalui surat-surat dan juga telefon, tapi kini aku rasa ia lebih mudah dengan adanya laman sosial ini…Cuma aku tidak terlalu taksub dengannnya..sebab itu aku hanya ada facebook.!
Bagi aku, laman social sebenarnya banyak membawa kebaikan sekiranya nawaitu kita betul..sebab apa saja yang kita lakukan adalah bergantung kepada NIAT! Niat kita baik, maka akan baiklah hasilnya nanti, begitu juga sebaliknya…jadi, Tanya pada diri, apa niat kita sebenarnya?
Pada mulanya aku seronok melayari facebook kerana berjumpa dengan kawan-kawan lama, dari kawan semasa sekolah rendah, menengah, kawan daripada university, kawan-kawan sekerja dahulu dan sekarang, saudara mara, jiran-jiran pun ada! Dari situ boleh dikatakan kami sering bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita sekiranya ada kelapangan….satu perkara yang jarang dilakukan sebelum ini! Ohh..mereka seolah-olah berada di sekeliling aku….seronok!
Semakin lama jumlah rakan di facebook semakin bertambah…tapi boleh dikatakan aku sangat jarang ‘add’ orang lain…aku hanya meneliti senarai ‘friend request’ dan hanya akan ‘confirm’ sekiranya aku mengenali dia…..bukan apa, aku cuma berhati-hati!
Namun dalam  berhati-hati itu, pernah jua aku mengalami pengalaman yang agak tidak seronok…semuanya bermula apabila aku ‘confirm’ seorang rakan baru. Lama juga aku meneliti profile nya, melihat ‘mutual friend’, ku lihat ada beberapa pensyarahku dulu menjadi rakannya..dalam hati berbisik, ‘oh agaknya dia ini satu university atau rakan-rakan pensyarahku, sebab ada gelaran Dr. dipangkal namanya…dia seorang yang terpelajar’…setelah beberapa lama menimbang, aku rasakan mungkin aku boleh berkongsi pendapat atau menjadi rujukan memandangkan aku dan dia berada di bidang yang sama, bidang pendidikan.
Pada mulanya semuanya berjalan seperti biasa, dia selalu menegurku melalui ruangan ‘chat’…sering bertukar-tukar pendapat, berbincang mengenai bidang kerjaya dan sering menggalakkan aku untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi…dia juga ada bercerita tentang dirinya, bergelar pensyarah universiti di utara tanah air dan memiliki ijazah doktor falsafah pada usia yang belum mencecah 40 tahun.
Namun lama-kelamaan, dia tidak lagi membincangkan tentang hal akademik dan hal ehwal semasa..topiknya mula berubah….kemuncaknya apabila dia mengajak aku menjadi ‘skandalnya’..Subhanallah...berilah aku kesabaran..kalau diikutkan hati yang marah, mahu rasanya aku memaki hamunnya atas sikap kurang ajarnya itu…tapi Allah masih memberiku kesabaran, aku menolak cara baik..namun apa yang aku dapat?..hanya kata-kata yang menyakitkan hati…patutkah aku dituduh kolot, ketinggalan zaman, tidak terbuka hanya kerana aku menolak??...
Beginikah cara pemikiran seseorang yang terpelajar? Rupanya gelaran Dr. dipangkal namanya bukanlah jaminan dia bijak dalam semua perkara…mungkin dalam bidang akademik, ya, dia bijak..tapi dalam kehidupan sebenar, dia juga sama seperti sesetengah golongan yang lain, yang hanya mengikut kata hati dan keseronokan duniawi!...
Syukur, keimanan dalam diri masih mampu mengawal dan memandu aku mengingati Ilahi, beristighfar dan mengembalikan kekuatan dan kesabaranku berhadapan dengan manusia sebegini. Betapa syaitan sedang cuba untuk menggoda-goda aku seperti janjinya pada Allah dahulu. Lantas tanpa berfikir panjang, aku terus ‘remove’ dan ‘blocked’ akaun dia…aku rasa itu jalan terbaik…walaupun rasa sakit hati begitu membuak-buak, namun aku bersyukur, Allah memberi pengajaran padaku dengan cara yang begini…meminta supaya aku berfikir dan mengambil iktibar.selepas peristiwa itu, aku semakin berhati-hati, kini yang ada dalam friend list ku hanya kawan-kawan yang betul-betul aku kenal siapa dia untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang…..Terima kasih Allah kerana mengujiku begini…dan aku harap Dr. yang bijak pandai itu akan dibukakan hatinya oleh Allah untuk insaf…disebabkan wujudnya segelintir golongan bijak pandai seperti ini lah yang menyebabkan nama baik bidang pendidikan tercemar..ibarat kata, kerana racun tikus setitik, rosak susu satu jug!

No comments:

Post a Comment