Tuesday, 20 March 2012
Rahsia Warna Rahsia Diri
OREN
Positif
Pandai bersosial dan menyesuaikan diri dengan situasi yang sedang dilalui ketika itu, kreatif, praktikal, cekap, tenang, disuaki ramai dan periang.
Negatif
Memiliki sikap suka berlumba-lumba dan bersaing dengan orang lain, tidak sabar dan sering gelisah.
HIJAU
Positif
Seorang yang berperikemanusiaan, peka terhadap alam sekeliling, menghargai kejujuran, murah hati, suka menghulurkan bantuan, konservatif, menyukai ketenangan.
Negatif
Mempunyai sifat bimbang dan prihatin yang keterlaluan dan merimaskan orang lain, kurang dipercayai.
PERANG
Positif
Suka menolong, boleh dipercayai, jujur, mudah menyesuaikan diri, sahabat yang sejati, kreatif, pendengar yang baik, tidak segan menghulurkan bantuan, merendah diri, menyenangi kehidupan yang tenang dan teratur.
Negatif
Sering mengelak daripada ditimpa masalah dan sering melarikan diri dari masalah yang dihadapi, lemah, tidak sanggup menghadapi risiko.
MERAH
Positif
Cukup aktif dan mempunyai nilai motivasi yang tinggi, mampu menjadi pemimpin yang baik, periang, semangat hidup yang tinggi, suka mencuba hal baru, suka pada cabaran, bencikan kebosanan, penuh cita-cita dan pemurah.
Negatif
Suka merajuk, memaksa orang lain mengikut kehendakmu, emosional dan suka ikut kata hati.
PUTIH
Positif
seorang yang sentiasa berfikir secara positif, seimbang dan optimistik, menghindarkan diri daripada bergaul secara berkelompok, sahabat yang ramai dan rapat, sopan santun, berdisiplin dan tahu membezakan mana yang baik dan buruk.
Negatif
suka bersendiri.
BIRU
Positif
Bijak dalam membuat strategi mencapai impian, tidak mudah putus asa, peribadi mantap, boleh dipercayai, bertanggungjawap, setia dalam persahabatan, kreatif, penuh imaginasi dan peka.
Negatif
Memilih teman, keras kepala, kadangkala overacting kerana tidak peduli apa orang kata asalkan hajatmu tercapai.
UNGU
Positif
Sensitif dengan persekitaran, daya inspirasi yang tinggi, bijaksana, berminat kepada perkara keagamaan, suka pada ramalan dan pemalu.
Negatif
Agak sombong, kurang sabar dan kasar.
KUNING
Positif
peribadi yang menarik, mudah diajak berbincang, ceria, rileks, suka bergurau dan bijak.
Negatif
perasaan risau yang melampau.
HITAM
Positif
Seorang yang misteri, mempunyai seribu kekuatan dalam diri, tahap disiplin yang tinggi, berdikari, tidak suka bergantung kepada orang lain, berkuasa, berpengaruh, anggun, sukar untuk mengetahui siapa dirimu, pandai menyimpan rahsia.
Negatif
Kadangkala kurang yakin terhadap perkara yang ingin dilakukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment