Pages

Thursday, 8 March 2012

Karakter Mengikut Astrologi Cina




TIKUS
  1. kamu terlalu sibuk dan rajin menyebabkan kamu kurang melapangkan masa untuk teman-teman di hujung minggu.
  2. Sukakan kebenaran dan jujur
  3. disenangi oleh teman-teman dan mudah didekati serta diajak berbincang.
  4. agak pendiam tapi otaknya sentaisa berfikir untuk masa depan
  5. bunga cinta: suka menyimpan rahsia cintamu pada si dia tetapi rela menceritakan pada teman lain tentang perasaanmu.
  6. pasangan yang sesuai: naga dan monyet
LEMBU
  1. rajin dan bersungguh-sungguh
  2. boleh diharap dan sentiasa tenang walaupun menghadapi tekanan
  3. degil yang melampau dan keras kepala.
  4. bersikap melindungi teman-teman terutama ketika mereka di dalam kesusahan
  5. pandai menyimpan rahsia dan boleh dipercayai
  6. bunga cinta: mudah tertarik pada si dia yang comel
  7. pasangan yang sesuai: sang ayam pikatmu dengan sikap lucunya dan sang ular yang menagmbil berat tentang dirimu.
HARIMAU
  1. belangmu melambangkan keyakinan dan karismamu
  2. seorang yang jujur dan berterus-terang
  3. tidak pernah takut mengeluarkan pendapat
  4. memiliki sikap kelakar yang menghiburkan hati orang lain.
  5. pemarah tapi pemurah
  6. suka pada kanak-kanak, binatang dan muzik
  7. bunga cinta: bersifat pemalu dalam percintaan. hanya mereka yang benar-benar hebat dalam mencari kunci hatimu
  8. pasangan yang sesuai: sang anjing yang setia dan kuda yang sentaisa menghiburkan.
ARNAB
  1. Seorang yang peramah, penyayang, bersopan santun, sensitif dan mudah didekati
  2. amat disenangi oleh teman-teman
  3. suka menjadi pemimpin
  4. cepat rasa bosan dengan rutin harian
  5. bunga cinta: Bersikap jujur dan setia selamanya pada yang tersayang
  6. pasangan yang sesuai: mereka yang lahir pada tahun khinzir dan kambing amat memahami jiwamu
NAGA
  1. suka memegang kuasa
  2. suka mengamalkan cara hidup yang bergaya walaupun kadangkala terpaksa mengikat perut
  3. sensitif dan romantik
  4. sukar melafazkan kemaafan walaupun menyedari kesilapannya
  5. bunga cinta: cepat putus asa dalam percintaan. perlu berubah jika inginkan percintaanmu berakhir dengan kebahagiaan
  6. pasangan yang sesuai: sang tikus yang pandai mengambil hati dan sifat kelakar sang monyet sentaisa membuatmu ketawa tak berhenti-henti.
ULAR
  1. pandai memujuk dan mengambil hati teman-teman.
  2. tidak mudah tersinggung walaupun dikutuk dan dihina
  3. mempunyai keyakinan diri yang kuat
  4. bunga cinta: hebat dalam percintaan, mudah terpengaruh dengan perasaan istimewa, sentiasa mencari pasangan baru untuk ditemani.
  5. pasangan yang sesuai: sang lembu yang berdikari mampu membawa kebahagiaan padamu juga sang ayam yang panas membawa keceriaan dalam hidupmu.
KUDA
  1. seorang yang popular dan amat bertenaga
  2. ceria dan murah dengan senyuman
  3. mahu jadi seorang juara
  4. peramah dan mudah didekati
  5. disenangi teman-teman
  6. bunga cinta: seksi, bijak dan yakin. Insan yang dilahirkan untuk bercinta, bukanlah seorang kekasih yang setia selagi belum bersedia.
KAMBING
  1. suka menghulurkan bantuan pada teman yang dalam kesusahan dan kesedihan
  2. terlalu memanjakan diri sendiri
  3. bunga cinta: kekasih yang setia dan mampu memberi komitmen mutlak
  4. pasangan yang sesuai: sang arnab merupakan pasangan ideal. kamu berdua mempunyai sifat romantis dan saling bertolak-ansur antara satu sama lain.
MONYET
  1. bijak
  2. bertindak pantas dalam menyelesaikan segala masalah
  3. pandai bergaya
  4. mengutamakan ciri-ciri menarik dalam penampilan
  5. bunga cinta: terlalu memilih hinggakan kamu masih keseorangan, namun roda percintaanmu sentiasa berpusing
  6. pasangan sesuai: sang naga adalah pasangan paling ideal untukmu. sang tikus yang kelakar menyanjungi kebijaksanaanmu.
AYAM
  1. Suka berdebat
  2. cepat melalak apbila dianiaya...yang peliknya kamu sentiasa betul dalam perkara ni..
  3. sukar menghadapi kritikan
  4. bunga cinta: walapun kamu seorang yang sukakan sesuatu berlaku dengan cepat tapi keputusan yang kamu sebahagian besarnya adalah betul termasuk dalam percintaan
  5. pasangan yang sesuai: sang lembu mampu mengimbangi sifat nakalmu, sang ular pula menghargai segala kegembiraan yang kamu berikan padanya selama ini.
ANJING
  1. seorang yang adil dan jujur
  2. tidak suka berpakaian seksi
  3. simple dan kemas adalah motto fesyenmu
  4. bunga cinta: lebih suka menyembunyikan perasaanmu daripada diketahui orang, agak beremosi dalam percintaan, terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari pasangan ideal dan setia jika bertemu dengan pasangan sesuai.
  5. pasangan yang sesuai: sang kuda memberi layanan istimewa dan pandai menjaga hatimu dan kemanisanmu menarik perhatian sang harimau.
KHINZIR
  1. berani dan jujur
  2. suka berkelakar dan menghiburkan hati teman-teman
  3. happy go lucky dan mudah dipercayai
  4. menyukai persahabatan yang abadi dan membawa keceriaan dalam hidup
  5. mampu mengumpul ramai teman dan mempengaruhi mereka
  6. bunga cinta: jatuh hati pada teman baik sendiri
  7. pasangan yang sesuai: sang arnab dan sang kambing.

No comments:

Post a Comment