Tuesday, 20 March 2012
Rahsia Warna Rahsia Diri
OREN
Positif
Pandai bersosial dan menyesuaikan diri dengan situasi yang sedang dilalui ketika itu, kreatif, praktikal, cekap, tenang, disuaki ramai dan periang.
Negatif
Memiliki sikap suka berlumba-lumba dan bersaing dengan orang lain, tidak sabar dan sering gelisah.
HIJAU
Positif
Seorang yang berperikemanusiaan, peka terhadap alam sekeliling, menghargai kejujuran, murah hati, suka menghulurkan bantuan, konservatif, menyukai ketenangan.
Negatif
Mempunyai sifat bimbang dan prihatin yang keterlaluan dan merimaskan orang lain, kurang dipercayai.
Thursday, 8 March 2012
Karakter Mengikut Astrologi Cina
TIKUS
- kamu terlalu sibuk dan rajin menyebabkan kamu kurang melapangkan masa untuk teman-teman di hujung minggu.
- Sukakan kebenaran dan jujur
- disenangi oleh teman-teman dan mudah didekati serta diajak berbincang.
- agak pendiam tapi otaknya sentaisa berfikir untuk masa depan
- bunga cinta: suka menyimpan rahsia cintamu pada si dia tetapi rela menceritakan pada teman lain tentang perasaanmu.
- pasangan yang sesuai: naga dan monyet
- rajin dan bersungguh-sungguh
- boleh diharap dan sentiasa tenang walaupun menghadapi tekanan
- degil yang melampau dan keras kepala.
- bersikap melindungi teman-teman terutama ketika mereka di dalam kesusahan
- pandai menyimpan rahsia dan boleh dipercayai
- bunga cinta: mudah tertarik pada si dia yang comel
- pasangan yang sesuai: sang ayam pikatmu dengan sikap lucunya dan sang ular yang menagmbil berat tentang dirimu.
Rahsia Bulan Kelahiran Menurut Kajian Dr.Fadhilah Kamsah
JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.
Monday, 5 March 2012
Fakta Tentang Tubuh Manusia
Jom tambah info tentang tubuh manusia.....
- Otak manusia mempunyai lebih kurang 100 bilion sel saraf. Interaksi 72 pelbagai otot diperlukan untuk manusia menghasilkan suara.
- Orang Mesir purba mencukur bulu kening mereka untuk berkabung di atas kematian kucing mereka.
- Setelah anda mati, tubuh anda akan mula mengecut dan ini mencipta satu ilusi seolah-olah rambut dan kuku terus panjang.
- Rambut dan kuku adalah dari satu bahan.
- Seorang manusia boleh menyedut sehingga 4 liter udara, tetapi hanya 5% saja yang digunakan.
Kenali Ciri Ciri Lelaki Pendera
Semakin hari semakin banyak kes-kes penderaan berlaku terutama di kalangan wanita... Moh sama-sama kita kenalpasti apakah ciri-ciri lelaki pendera..semoga dapat dijadikan panduan kepada semua kaum wanita....
1. Extra Romantis
Jangan cair bila pasangan terlalu kerap memberikan ayat-ayat romantis seperti "saya tak boleh hidup tanpa awak", "saya akan setia selama-lamanya" ataupun "hanya awak dalam hidup saya"...sebaliknya cuba berhati-hati dan cuba berfikir dengan waras. Jangan termakan atau terpedaya dengan ayat-ayat manis yang diucapkannya. Perlu diingat, lelaki yang melakukan kekerasan pada mulanya akan bersikap extra romantis, lembut dan penyayang.
2. Terburu-buru dalam Perhubungan
tanda awal yang perlu diperhatikan ialah lelaki ini suka terburu-buru mengajak menjalinkan hubungan denga lebih serius. Dia selalu kelihatan bersemangat untuk melangkah ke tahap yang lebih advance seperti bertunang dan segera bernikah, walaupun sebenarnya anda baru sahaja mengenalinya. Lelaki pendera akan cuba mendesak kerana mereka tahu bahawa mereka tidak dapat mempertahankan perilaku yang baik dan konsisten untuk jangka masa yang lama. Jika lelaki ini yang anda temui, berwaspadalah. Jangan turut bersikap terburu-buru dengan mengiyakan apa saja ajakannya. Siasat latar belakang dirinya sebanyak mungkin agar tidak menyesal di kemudian hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)