Pernah tengok tak buah ni?? Tau tak buah apa? Aku rasa ramai yang tak kenal dengan buah yang boleh dikategorikan sebagai eksotik ni….ok, meh aku perkenalkan secara ringkas (errr sebenarnya nak citer secara detail, aku pon tak tau sangat!)..
Nama betul buah ni ialah buah nam nam…tapi aku lebih suka panggil nama glemer dia iaitu buah katak puru..sebab bentuk dia berkerutu macam katak puru..kebetulan plak warnanya pon hijau….walaupun nama dia agak menggelikan, tapi bagi orang yang suka masam, buah ni sedap dimakan..rasanya masam masam manis…cara nak makan buah ni ialah, mula-mula korang kene petik dulu la buah ni, takkan nak kokak kat batang pokok plak kan..sungguh tidak senonoh!..nak tau buah tu dah masak ke belum, tengok warna dia, kalau berwarna agak kekuningan, dan tangkainya mudah terlerai, maknanya buah tu dah cukup masak…
Lepas tu korang kene basuh dulu bersih-bersih…pastu boleh dimakan,..tak perlu nka kupas sebab kalau kupas, takut takde apa yang tinggal sebab isinya takde la tebal mana….ada sesetengah orang suka makan macam tu je, tapi ada juga yang suka makan dengan sambal kicap or sambal rojak…kalau aku, aku suka makan macam tu jer kalau yang manis-manis tu….
Camana aku bleh kenal buah ni??...panjang ceritanya….dulu masa aku kecik-kecik, kat umah nenek aku ada 2 batang pokok katak puru ni…setiap kali aku balik umah nenek, aku selalu petik…kat kedai rasanya jarang orang jual buah ni..kalau nak makan, terpaksa la mencari kat umah nenek…paling aku suka, cari buah yang dekat pangkal pokok, kadanga-kadang buah ni tertimbus dalam tanah..tu lagi sedap sebab isinya lebih tebal, lebih rangup dan lebih manis…yang selalu pedajal aku kalau nak amik buah ni adalah abang long…asal aku terbongkok-bongkok kat bawah pokok ni, mesti dia akan buat serang hendap..komunis punya orang!...dahla serang, siap buat rampasan hasil penat lelah aku lak tu..menyirap je aku..tapi apakan daya, aku hanya insan yang lemah..hanya mampu berserah….cewahhh…tapi kadang-kadang, kalau datang aura baik abang long, dia sanggup panjat pokok tu, amik buah yang tinggi-tinggi untuk aku..aku ni, nak manjat tak reti..gayat plak tu…hahahha…hanya mengharapkan belas ihsan orang lain jelaaaa…..
Sekarang ni, kat umah nenek aku dah takde pokok katak puru ni….atok dah tebang sebab pokok tu dah tua….tak tak berbuah lagi….yang tinggal hanya tunggul mati saje depan umah nenek tu…sesekali balik umah nenek, aku teringat kenangan buah katak puru ni..kat bawah pokoknya yang rendang tempat aku bermain, berguling masa kecik-kecik dulu dengan sepupu sepapat aku yang tinggal dengan nenek…tapi kini semuanya tiada lagi..pokok tu dah takde..sepupu-sepupu aku pun semuanya dah besar, dah bekerja, malah dah ada yang berkahwin pun….nenek pun dah makin uzur, makin kurang sihat….begitu cepat rasanya hidup ini berlalu…kadang-kadang aku rindukan kenangan dulu, kenangan indah di zaman kanak-kanak…saat nenek dan atuk masih sihat..masa tu seronok bermanja dengan mereka sesekali berjumpa…atuk dan nenek suka melayan kerenah cucu-cucunya…nenek akan potong kecik-kecik buah katak puru dan suapkan pada cucu-cucu yang macam anak ayam dok keliling dia kat pangkin depan umah…..sekarang atuk dan nenek dah tuadah tak larat lagi nak menyuap cucu-cucu dan cicit-cicitnya..…semoga Allah panjangkan umur nenek dan atuk…dan sejauh mana pun aku pergi, selama mana pun aku tinggalkan kenangan itu….namun kenangan indah itu tetap kekal di ingatan ku…….
No comments:
Post a Comment