Yang paling glamer kat Kelantan tak lain tak bukan adalah NASI KERABU....nasi kerabu ada 2 jenis, satu kaler biru, dan satu lagi kaler kuning...tp dari segi rasa dua dua sedap....cuma berbeza warna saje...
Ni adalah nasik kerabu kaler biru...
Nasik kerabu kaler kuning..
warna biru nasik kerabu adalah hasil daripada campuran air bunga nasik kerabu, aku tak tau apa nama saintifik bunga tu, sebab dari dulu lagi memang aku panggil bunga nasik kerabu....cara nak dapatkan air biru, kena hancurkan beberapa kuntum bunga tu, tapis untuk dapatkan ekstrak bunga tu, dan masukkan ke dalam beras yang sudah dibasuh td..masak macam biasa...jadilah nasi tu kaler biru...
rupa bunga nasik kerabu tu..cantik jugakkan???
manakala ni pokoknya...jenis tumbuhan yang menjalar...
Untuk nasi kerabu kuning pula, cara nak buat adalah dengan memasukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam beras yang sudah dibasuh dan masak seperti biasa. Aku suka masukkan serai yang telah diketuk dan 2,3 helai daun limau purut ke dalam nasi yang dimasak untuk membangkitkan bau wangi nasi tersebut....
Nasi kerabu ni mesti disertakan dengan kelapa goreng yang dicampurkan dengan ikan, bawang dan serai, tumis atau pun budu, dua2 boleh, ulam-ulaman, sambal cili api, keropok ikan dan lauk la....lauk untuk nasi kerabu ni macam-macam. Kebiasaannya nasik kerabu ni dimakan dengan ayam goreng, daging bakar, ayam bakar, ayam percik, ikan percik, ikan goreng tepung dan ayam goreng tepung..tapi ada jugak yang makan dengan seafood mcm udang , sotong dan lain-lain yang digoreng bersalut tepung..bergantung kepada selera masing-masinglahhh....
Daging bakar dimakan bersama nasi kerabu....
Selain dari nasi kerabu, nasi dagang pun dikategorikan makanan yang wajib dicuba sekiranya berkunjung ke Kelantan....nasik dagang pun ada 2 versi jugak. Yang pertama menggunakan 100% beras nasi dagang yang berwarna keperangan dan berbentuk bujur. Yang kedua adalah campuran beras pulut dan beras siam. Di Kelantan, kebanyakan penduduk memang makan beras siam walapun harganya mahal berbanding dengan beras tempatan. Jadi untuk buat nasik dagang ni memang pakai beras siam la, tak tau lah pulak kalau ada yang menggunakan beras tempatan...Mungkin ada perbezaan dari segi rasa.
Nasi Dagang ni mesti ada gulai ikan tongkol atau pun kari ayam. Nak lagi best makan dengan kari udang..hehhehe, dan mesti disertakan dengan acar jelatah dan sedikit sambal, baru cukup pakej!!...tapi aku tak suka sangat nasi dagang ni...kalo time raya, memang Nasi Dagang antara makanan yang akan menjadi hidangan utama kat meja...begitu juga kalau ada majlis kesyukuran ke, tahlil ke, nasi dagang tetap menjadi pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu...
Nasik dagang ikan tongkol....
Selain daripada tu, Kelantan juga terkenal dengan masakan Singgang. Singgang ni sejenis masakan berasaskan air dan dicampur dengan rempah ratus seperti lengkuas, bawang merah, bawang putih, halia kalau untuk singgang daging dan tulang, sedikit asam keping atau asam gelugur dan sedikit ketumbar (untuk singgang daging dan tulang)..Ada sesetengahnya suka masukkan beberapa potongan cili kering untuk menjadikan kuahnya sedikit kemerahan...Gitulah lebih kurang bahan-bahan yang perlu dimasukkan, bergantung kepada kreativiti tukang masak...rupa singgang ni ala-ala sup sikit tapi rasanya sedikit masam sebab dicampurkan dengan asam keping.
Singgang Tulang Lembu.....
Aku paling suka masak singgang ni kalo nak dibandingkan dengan singgang ikan ataupun singgang daging..Tapi kene pastikan guna tulang lembu tempatan, bukan lembu import..Sebab rasa daging lembu tempatan lagi manis walaupun harga nya agak mahal, aku rasa sekarang ni dalam RM18 sekilo..paling murah lah tu..
Singgang Daging...ni pun sedap jugak sebenarnya..petua nak lagi sedap, gunakan daging lembu tempatan...kalo dapat daging batang pinang lagi meletup....
Singgang ikan tongkol..(err, gambar ni nmpk x best laahh!)....aku pun jarang masak ni..
Percik juga adalah salah satu masakan yang femes kat pantai timur....percik ni ada macam2 jenis, yang warna putih ada, warna merah ada...aku suka yang warna merah sebab ade rasa pedas-pedas sket.... biasanya ayam dan ikan digunakan untuk membuat percik jer..jarang pulak orang buat percik daging ker, percik sotong ker, tapi ada je insan-insan yang menggunakan kreativiti masing-masing buat percik guna sotong...cuma yang tak penah aku jumpa percik siput..ade ke manusia sengal buat percik siput??????
Ni adalah Ayam Percik....yang di atas adalah Percik Ayam merah (dimasukkan sedikit cili kering dalam kuahnya)...Dan yang sebelah kanan adalah Ayam Percik putih..(tak dimasukkan cili kering)...
Di bawah ni pula adalah Ikan Percik...Ikan percik biasanya menggunakan ikan kembung ataupun ikan bawal. Ikan akan dibakar terlebih dahulu sehingga masak sebelum dicurahkan kuah percik di atasnya..kemudian dibakar sekali lagi menggunakan arang untuk membangkitkan lagi baunya....
ok, aku rasa dah panjang lebar bercerita tentang makanan Pantai Timur ni...kita stop sini dulu..nanti akan disambung pada episod akan datang..okbai!!!
No comments:
Post a Comment