Pages

Wednesday, 29 February 2012

Fakta Tentang Negara


1. Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar"

2. Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan.

3. 0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.

4. Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
5. Bolivia ada dua ibu negara.

6. Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km


Monday, 27 February 2012

Interview TNB

Berape hari lepas, satu temuduga kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikat TNB. Biaselah kan kalau nak naik pangkat mestilah duduk ujian bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah tu)...Dan dalam ramai-ramai yang terpilih tu ade 3 kawan kite dari Terengganu telah dipilih untuk ditemuduga.

Kebetulan pulak 3 kawan kite ni adalah 3 peserta yang pertama. Ape lagi berdebar-debarlah depa ni. Kawan yang nombor satu mule le merungut. (bace ayat seterusnya kene ikut loghat terengganu!)

"baru jah sapa sini, letih dook ilang lagi doh bale baru sapa pulok". Sampuk pulak kawan yang kedue. "Mapuh kite kalu lagu ni, aku kecut perut doh ni".

Thursday, 23 February 2012

Keunikan Makanan Pantai Timur (Part 1)

Kali ni nak bercerita tentang keunikan dan kesedapan makanan Pantai Timur lak...maklumlah aku orang pantai timur, jadi aku rasakan makanan pantai timur adalah makanan paling sedap di dunia...walau sejauh mana aku pergi, walau selama mana aku tinggal di tempat lain, tetapi, keenakan masakan tradisi negeri tetap menjadi igauan..cewahhhh....

Yang paling glamer kat Kelantan tak lain tak bukan adalah NASI KERABU....nasi kerabu ada 2 jenis, satu kaler biru, dan satu lagi kaler kuning...tp dari segi rasa dua dua sedap....cuma berbeza warna saje...


Ni adalah nasik kerabu kaler biru...


Nasik kerabu kaler kuning..

Tuesday, 21 February 2012

Kalau tak suka, pulangkan....

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj."Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang.Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

Erti Sebuah Kasih Sayang

Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan hangat yang muncul di hati ketika bersandar di bahunya yang bidang.

Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan dulu. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang kehidupan cinta yang ideal.

Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai.

"Mengapa?", dia bertanya dengan terkejut.

"Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan"

Gelak Guling Guling Part 2

gelak sorang2 aku baca citer2 tersasul neh....adoooiiii....

TERSASUL 1:
i dgn kakak i nak beli kek kat kedai kek.. kami selalu beli kek kat situ.. then kami nampak ada pekerja baru kat kaunter tu.. selalunya org lain yg jaga..lepas kakak i dok usya2 kek kat situ, dia mintak kat pekerja baru tu dgn konfidennya:

"abg, nak BLACKBERRY satu slice."

yg paling aku x tahan, abg tu pon macam blur2, maklumla, baru masuk keje.. dia pon pergi jenguk kat rak kek tu, then dia tanya:

"blackberry yg mana satu ye dik?"

i dah gelak kuat gila masa tu! sepatutnya BLUEBERRY! mana ada org guna BLACKBERRY buat kek! gila! hahaha.. yg penjual kek tu pulak, boleh pulak blur2, xperasan yg kek dia tu kek blueberry, bukan blackberry

Segmen Gelak Guling-Guling Part 1

Memandangkan hari ni sangat boring, aku rasa nk ketawa guling-guling ala hindustan la plak...so setelah lama godek2, cari "bahan" untuk ketawe, akhirnya aku jumpa 3 cerita neh....meh la sesama wat senaman muka..kasik awet muda sket!! ekekkekekekee

Kisah Pertama:

Sewaktu aku berada di Jelutung. Ja lan tu kan penuh sesak. Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kapcai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit s ana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah ja lan sambil terkangkang, Semua orang tengok aku, c ina bing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah ja lan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.


Kisah Kedua.

Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit selok poket nak ambil lighter dalam poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus ja lan meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter di trafic light. Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkangkang sorang sorang dilampu isyarat,macam ape entah..gelak pulak tu dia orang.

Personaliti mengikut jenis darah

Personaliti seseorang juga dapat dibaca melalui kumpulan darah. Jom belajar kenali personaliti anda dan pasangan anda...tapi sebelum tu,kenalah tahu kumpulan darah anda atau pasangan...ni bagi individu yang berdarah normal jer,..kalo ada yang berrdarah tinggi, darah gemuruh, darah pendekar ataupun yang sewaktu dengannya, tidak termasuk dalam senarai okehhhh...harap maklum...

Golongan darah A
  1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
  2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
  3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
  4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
  5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
  6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
  7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.

Wednesday, 15 February 2012

Kasih Sayang Mengikut Bulan Kelahiran





JANUARI
  • Seorang yang mudah jatuh cinta
  • Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya diri mereka dikhianati.
  • Pandai mengambil hati pasangan.
  • Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya dan tidak kisah sekiranya pasangannya mencemburuinya.
  • Bakal menjadi seorang ibu atau bapa yang penyayang.
  • Ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh apabila melakukan sebarang kerja.

FEBRUARI
  • Sukar untuk jatuh cinta
  • Amat hormat pada pasangannya
  • Amat suka memikat pasangannya
  • Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
  • Sentiasa nekad untuk bersama pasangannya
  • Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu)
  • Patuh pada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
  • Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Thursday, 9 February 2012

Kenali Sikap Melalui Hari Lahir

ISNIN
  • Seorang yang amat setia dalam perhubungan sama ada dalam cinta atau persahabatan.
  • Tidak suka dikongkong kerana merasakan diri mereka tidak dihargai sepenuhnya.
  • Dalam cinta, mereka agak ego dan agak sukar mengalah.
  • Akan tertutup dalam perhubungan
  • Memendam rasa apabila ada yang tidak puas hati.

SELASA
  • Kelihatan pemalu dan pendiam terutama dengan orang yang tidak dikenali.
  • Di kalangan teman-teman, mereka lebih suka mendengar daripada bercakap.
  • Mempunyai sikap humor yang tinggi
  • Tidak memilih kawan dan tidak lokek berkongsi idea dan pendapat dengan teman-teman.
  • Mempunyai ramai peminat kerana sikap mereka yang unik.
  • Jenis yang angin satu badan, hati-hati.....

Wednesday, 8 February 2012

Mengenal Personaliti Melalui 4 unsur Kejadian

jom kenali diri melalui 4 unsur kejadian..ni hanya untuk suka-suka jer......

1. TANAH (kering) -Jenis Pancaindera
sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan, kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, badan kurus, kurang tidur, selalu sihat dan banyak kerja.

2. AIR (basah) - Jenis Perasa
lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, memaksa, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, berhati-hati, berfikiran panjang, positif, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram, tubuhnya banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.